.


Penyanyi popular dialek Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, menerima hadiah Ramadan yang cukup berharga apabila dibebas daripada tuduhan memiliki dadah oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand pada Rabu, 6 Mac 2025.

Namun impian Eda Ezrin dan lima yang lain untuk menghirup  udara kebebasan sebenar serta peluang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga masih terhalang.

Kesemuanya terpaksa kembali ke penjara kerana kes ini belum selesai sepenuhnya.  Ini kerana  kebiasaannya pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan dalam tempoh sebulan ini.

Ini bererti kebebasan Eda Ezrin, suami dan empat rakan masih tertunda.



Terdahulu Eda Ezrin dibebaskan daripada tuduhan memiliki dadah oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand pada Rabu, 6 Mac 2025.

Selain Eda Ezrin, suami, Mohd Affendi Ahmad, 35, bersama sahabat mereka, Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, dibebaskan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda yang ditemukan di dalam sebuah bilik hotel di Golok pada 1 November 2024. 

Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim selepas meneliti semua keterangan saksi pendakwaan semasa tiga hari prosiding sebutan semula kes tersebut pada 11, 13 dan 14 Februari 2025.

Hakim menerusi hujah penghakimannya berkata, tiada bukti yang boleh dikaitkan dengan pemilikan 6,059 biji pil kuda itu dengan keenam-enam tertuduh.



Menurut hakim lagi, selain itu, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah hotel di Sungai Golok juga tidak menunjukkan bahawa mereka membawa masuk kesemua dadah ke dalam bilik.

Sepanjang berada di dalam mahkamah dan semasa hakim membacakan penghujahan Eda Ezrin tidak berhenti berzikir dan berdoa untuk dibebaskan.

Dan ahli keluarga yang menunggu keputusan dengan penuh debaran keputusan mahkamah itu sujud syukur setelah menerima berita pembebasan tersebut.

/

Eda Ezrin, suami dan empat rakan kembali dibawa ke penjara.

Eda Ezrin yang melonjak popularnya di luar Kelantan setelah lagu nyanyiannya ‘Be Soba Be’ (Cinta Setandan Pisang) bersama Den Manjo turut diterima baik seluruh masyarakat Malaysia pada tahun 2024.

Dalam pada itu, komposer popular Datuk Eddie Hamid, 63, dilaporkan sudah menyiapkan lagu baharu sambungan kepada lagu ‘Be Soba Be’  iaitu ‘Tokleh Nak Soba’ dan menunggu Eda Ezrin dibebas untuk merakamnya.

Mengikut perancangan asal lagu ‘Tokleh Nak Soba’ dirakam pada Jumaat 8 November 2024 di sebuah studio di Kota Bharu. Namun terbantut apabila Eda Ezrin ditahan pada 1 November 2024. - KitaReporters

Eddy Hamid bersama Eda Ezrin


15
11
0
10
0

Copy Link: