Siapa peminat teater? Pelajar teater UiTM Puncak Perdana persembah Pentas Opera! 27-28 Julai 2024!
Published byBagi mengingati semula sejarah silam yang berlaku di Malaysia yang ramai orang muda sekarang kurang tahu tentang zaman pemerintahan British dan Jepun di Malaysia, Program Seni Persembahan Teater di bawah Pengajian Seni Persembahan, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) bakal menganjurkan sebuah persembahan teater yang bertajuk Pentas Opera.
Apa yang menariknya ialah Skrip Pentas Opera ini telah mendapat tempat ke-2 skrip terbaik!
Dan tidak itu juga, Teater Pentas Opera pada kali ini akan dipentaskan semula oleh Pelajar Seni Persembahan Diploma Teater Semester 4 UITM Puncak Perdana dan diarahkan oleh Profesor Madya Dr. Aminah Rhapor.
Pentas Opera ialah sebuah karya oleh Zakaria Arrifin yang menceritakan tentang anak wayang pentas opera cuba untuk membongkar secara langsung kisah-kisah yang berlaku di sebalik tirai sebuah kumpulan bangsawan, pada saat-saat akhir zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, membawa kepada tahap awal kembalinya kuasa British.
Mengikutinya, kita berdepan dengan pelbagai peristiwa yang sering berlaku dalam hidup seharian. Ada saat kita gembira, ada waktu duka, ada kisah cinta dan ada cerita kecewa.
Di sebalik itu, drama ini lebih merupakan sebuah kisah yang memaparkan persoalan-persoalan tentang perjuangan menghadapi survival.
Kumpulan Seri Nilam Opera terpaksa "merangkak" untuk meneruskan permainan pada zaman gerhana itu.
Anak-anak wayang itu sendiri, di samping berhasrat untuk meneruskan kesenian bangsawan, harus juga memikirkan tentang periuk nasi dan masa depan mereka.
Sebagai anak Melayu yang hidup pada zaman kebangkitan kebangsaan, orang-orang berjiwa patriotik seperti Mohd Nasruddin Syah pula seolah-olah terpanggil untuk turut berjuang bagi mencapai cita-cita ke arah kemerdekaan tanah air.
Pentas Opera lalu menjadi medan atau saluran paling mudah bagi mereka meniupkan api nasionalisme dalam kalangan rakyat.
Cara pengolahan pengarang yang begitu realistik, dengan merujuk dan mempertalikan kisahnya kepada fakta-fakta sejarah yang menjadikan Pentas Opera seolah-olah suatu catatan sejarah di tanah air yang patut direnungkan kembali.
Kalau nak tahu lebih lanjut kenelah datang tengok!
Program ini bakal berlangsung pada 27 dan 28 July 2024, di Dewan Berlian, UiTM Puncak Alam, pada pukul 3.30 petang dan 8.00 malam.
Untuk pembelian tiket boleh tekan link ini https://forms.gle/877fRFQq8cZg7UHWA atau boleh scan kod QR ini:
Untuk rekod, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) akan terus berusaha untuk melahirkan graduan yang seimbang dan kompetitif pada peringkat dunia, serta memperkasakan jaringan strategik dengan alumni dan industri.
Tidak itu sahaja, kolej tersebut juga berharap agar dapat menyerlahkan potensi pelajar yang mampu bersaing dalam industri.
Pentas Opera ini adalah satu ensesi dan cabaran yang besar bagi Pelajar Teater Semester 4 UiTM Puncak Perdana agar bakat mereka dapat diasah dengan sebaiknya dalam memastikan kelestarian kualiti graduan KPSK, Ke Arah Globally Renowned University 2025. - KitaReporters/Kenyataan Media