MENJELAJAH ke sekolah aliran berbeza tercetus daripada aspirasi Keluarga Malaysia menjadi Program Jelajah Merdeka 2022 Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama (SKTKU) dalam kesempatan memupuk semangat perpaduan yang diadakan pada 1 September 2022.

Dengan menaiki bas, guru, ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan murid dari tahun satu hingga enam termasuk murid program pendidikan khas integrasi (PPKI) masalah pembelajaran SKKU mengunjungi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pin Hwa 2 diikuti selepas itu SJK Tamil (SJKT) Ladang North Hummock, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan semangat perpaduan


Guru Penolong Kanan Kokurikulum SKTKU, Habsah Simon, berkata idea program itu dicetuskan oleh guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, iaitu Nor Len Sudar dan Penolong Kanan Pentadbiran, Hazlina Ali, dalam suatu mesyuarat pengurusan yang asalnya bertujuan melawat ke sekitar daerah Klang dengan menaiki bas awam secara percuma.

Bagaimanapun, kata beliau, rancangan itu bertukar apabila perjalanan dengan bas berkenaan nanti akan merentas beberapa lokasi di Selangor dan bagi memanfaatkan sambutan kemerdekaan negara ke-65 selain menyuntik semangat patriotik di samping perpaduan dalam kalangan guru serta murid ia disesuaikan dengan mengunjungi sekolah terbabit, PPD serta JPNS.


Lokasi pertama Jelajah Merdeka 2022 SKTKU ialah SJK (C) Pin Hwa 2.


“Kunjungan ini secara tidak langsung bertepatan dengan objektif utama program iaitu menyampaikan mesej kemerdekaan dengan menjelajah sekolah berbeza aliran serta jabatan yang terbabit. Program juga ingin membina jaringan serta jalinan dengan sekolah serta agensi yang berkenaan.

 “Program ini juga umpama kesinambungan semangat guru dan murid yang belum luntur sebaliknya masih berkobar-kobar selepas dibawa menyaksikan filem Mat Kilau bulan (Julai) lalu dan emosi mereka itu disesuaikan bersempena dengan sambutan bulan Kebangsaan,” jelasnya.


Lokasi kedua dikunjungi Jelajah Merdeka 2022 SKTKU ialah SJK (T) Ladang North Hummock.


Program jelajah itu dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKTKU dengan kerjasama Unit Kurikulum, Unit PPKI, Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Sesi Petang. Unit Kokurikulum melestarikan perkara yang dicadangkan itu dengan idea bernas serta mengambil langkah merapikannya dan dilaksanakan bersama-sama unit lain.

Guru Besar SKTKU, M Khalimi Dalhan, berkata murid sangat teruja kerana mereka sudah lama tidak menyertai program lawatan seumpama itu kerana pandemik Covid-19 dan dalam program jelajah berkenaan murid dapat menambahkan pengalaman serta pengetahuan mengenai sekolah lain aliran yang ada di sekitar mereka. 


Guru dan murid SK Taman Klang Utama bersiap sedia mengikuti Program Jelajah Merdeka 2022 pada 1 September 2022.


Tambahnya, malah ada murid yang belum pernah ke lokasi terbabit dan mengembirakan sambutan daripada pihak dilawati sangat baik dengan menyantuni program kami serta berbesar hati menyediakan pelbagai aktiviti, membuat persiapan rapi walaupun masing-masing mempunyai komitmen tinggi.

Menurutnya, bagi guru pula mereka dapat berkolaborasi bersama sekolah, agensi serta jabatan lain yang akan membantu dalam pelbagai urusan pelajaran serta pembelajaran demi kemajuan serta pencapaian cemerlang murid.


Guru, ibu bapa dan murid SKTKU merakam kenangan di depan PPD Klang.


“Ibu bapa yang turut serta juga berkongsi kegembiraan bersama anak mereka apabila mendapat hadiah serta cenderamata daripada pihak di lokasi dikunjungi selain menyertai aktiviti menyeronokkan.

“Antara aktiviti seperti membuat kolum bunga raya gergasi di SJKT, melawat dewan dan juga pustaka yang besar prasarana sangat mengujakan di SJKC, murid juga dapat mendeklamasikan sajak merdeka di PPD Klang, seterusnya menjawab soalan mengenai kemerdekaan ketika singgah di JPNS,” katanya. - KitaReporters


Lokasi terakhir Jelajah Merdeka 2022 SKTKU ialah JPNS.


M Khalimi (depan) memberi penerangan kepada murid SKTKU mengenai kepentingan semangat perpaduan.

28
9
0
12
0

Copy Link: