KECANTIKAN seorang wanita sememangnya menjadi idaman mereka dan apatah lagi bagi pramugari, rupa paras yang cantik selalu menjadi daya tarikan para penumpang kapal terbang.

Seorang wanita yang menjawat jawatan pramugari adalah diharapkan dapat menampilkan dirinya yang cantik dan menawan kepada penumpang dengan layanan mesra daripada mereka semasa menjalankan tugas di dalam pesawat.
Namun di sebalik kecantikan para pramugari seperti dipetik dari portal Oketravel baru-baru ini melaporkan bahawa terdapat enam rahsia kecantikan kulit pramugari Singapore Airlines yang jarang diketahui kaum wanita yang inginkan wajahnya cantik sepanjang masa.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kecantikan

Pertama, rahsia kecantikan kulit adalah kebersihan dan untuk itu, para pramugari tidak pernah lupa membersih make-up (mekap) mereka setiap kali selepas bertugas.
Selepas mereka mencuci make-up pada muka, mereka terus menggunakan skincare (jagaan kulit) serta berehat secukupnya.
Amalan yang kedua pula, pramugari pesawat terbabit atau pramugari lain sentiasa menggunakan lip balm (salap bibir) sebagai salah satu bentuk perawatan bibir yang cantik.
Memakai lipstik (gincu) merupakan salah satu komponen make-up yang penting. Penggunaan lip balm itu dapat membantu bibir tetap menawan meskipun mereka sedang memakai lipstik.
Seterusnya ketiga, para pramugari Singapore Airlines yang terbang melewati pelbagai negara di dunia dengan cuaca yang berbeza di setiap negara misalnya di Singapura yang sedang panas dan di Eropah pula cuaca dingin.
Produk skincare (jagaan kulit) yang diperlukan tentu juga berbeza yang sesuai dengan kulit mereka dan cuaca di negara lain yang dilewati.


Rahsia yang keempat Oketravel memberitahu, rutin melakukan eksfoliasi (pengelupasan) kerana mereka bekerja dengan penuh make-up dalam waktu yang begitu lama selain dengan udara yang kering dalam pesawat menyebabkan kesihatan kulit wajah akan terjejas.
Biasanya kulit akan mengalami beberapa masalah seperti pori tersumbat, wajah terasa kasar dan skincare yang digunakan tidak berfungsi dengan maksimum.
Untuk tujuan itu, mereka melakukan eksfoliasi secara rutin agar kulit yang mati dan kotoran pada wajah dapat hilang dengan berkesan dan dalam hal ini biasa dilakukan sekali dalam seminggu bersama scrub atau produk AHA BHA.


Amalan kelima, pramugari terbabit juga memilih make-up dengan kandungan skincare agar wajah tetap cerah, lembab serta sihat dan kebanyakan dalam kalangan mereka memilih produk make-up dengan kandungan skincare di dalamnya.
Biasanya produk tersebut menggunakan water-based (berasaskan air) sedangkan untuk lipstik mereka lebih suka memakai lipstik yang mengandungi minyak argan.
Akhir sekali, selain melakukan rawatan di luar, para pramugari terbabit juga merawat kecantikan kulit mereka dari dalam dengan menjauhkan makanan yang mengandungi banyak minyak, makanan pedas dan coklat.
Namun, mereka akan mengkonsumi minuman tinggi kolagen dan makanan yang tinggi antioksidan. - KitaReporters

16
18
0
8
0

Copy Link: