Jaclyn Victor terharu! Terima pujian, sokongan Siti Nurhaliza! Wang hadiah RM100k untuk dua anaknya!

Published by
KitaReporters

Juara Gegar Vaganza 9 (GV9), Jaclyn Victor,44, terharu apabila penghibur nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza

Tarudin memuat naik ciapan dalam Twitter memuji persembahannya dan berharap dia akan bergelar juara.

Jaclyn berkata, ciapan yang dimuat naik oleh Siti adalah satu penghargaan besar buat dirinya.

"Kami ada bertemu di sebuah acara Khamis (24 November 2022) lalu. Dia sangat menyokong dan kongsikan foto kami berdua dalam Instagram Story.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Jaclyn Victor


"Saya sangat terharu. Dia bukan saja mempunyai nama besar di Malaysia, malah di Asia. Mungkin ada peminatnya di seluruh dunia juga.

"Bagi seseorang yang memiliki nama besar, berikan saya penghargaan sebegitu, ia sangat memberi makna. Terima kasih TokTi," katanya. 

Jac terharu dengan kata sokongan yang diberikan oleh Siti Nurhaliza

Ditanya mengenai duit kemenangan yang diterima, Jac berkata, dia bercadang untuk memberikan kepada kedua-dua anaknya sebagai simpanan masa depan.

Jac yang merupakan ibu tunggal menjaga kedua-dua anaknya Jonah Josiah Rivera,7; dan Molly Marguerite Rivera, 5.

"Saya bersyukur dengan kemenangan ini. Segala kepayahan selama 11 minggu ini berbaloi. Apa yang penonton nampak pada kaca TV tak semudah yang dibayangkan.

"Dengan hadiah kemenangan RM100,000 ini saya hanya berfikir untuk berikan wang itu kepada dua orang anak saya untuk simpanan masa depan. 

"Jadi duit yang saya peroleh ini saya akan masuk tabung mereka kerana sebelum ini pun apa-apa duit saya galakkan untuk mereka menyimpan," katanya.


Jac bersama kedua-dua anaknya

Jac memberikan persembahan mantap dengan membawakan lagu medley berjudul ‘It's All Coming Back To Me Now’  dan ‘This Is Me’ serta 'pusingan battle' berduet dengan VE menerusi lagu ‘The Real Slim Shady’ (Eminem) dan ‘Sang Saka Biru’ (Wings).

Jac mendapat markah 85.86 meninggalkan 9.58 markah bagi saingan terdekatnya, Bob Yusof dan kemampuannya dalam mengawal vokal mendapat pujian para juri.



Jac pernah berkahwin dengan warga Amerika Syarikat, vokalis kumpulan R&B, Az Yet, Shawn Rivera. Mereka berkahwin di Philapedhia, Amerika Syarikat pada 19 Julai 2014 tetapi bercerai lima tahun kemudian pada Januari 2020.

Jac yang merupakan juara Malaysian Idol anjuran 8TV  musim pertama pada 2004, selain mencari rezeki dalam bidang nyanyian turut menjadi usahawan.

Dia kini menjadi pemilik bersama restoran dan lounge, B.A.T.S dI Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur. - KitaReporters


15
16
0
8
0

Copy Link: