Torres dalam bahaya? Skuad B-19 tidak layak, B-23 pula terkandas! Exco FAM kena putuskan masa depan!
Published byJUAN Torres Garrido (dua dari kiri) bersama-sama pengurus pasukan, Datuk Joehari Ayub (kiri) dan penolong ketua jurulatih, Shukor Adan (dua dari kanan) dalam kempen kelayakan Piala Asia B-20 di Dushanbe. - Kredit foto: FAM
BENTENG B-19 negara, Afiq Hakimi Mahat (18) cuba melepaskan rembatan sambil cuba dihalang pemain B-19 Sri Lanka, Ayman Riyas Zawahir. - Kredit foto: FAM
APAKAH nasib Juan Torres Garrido selepas ini?
Tidak mungkin
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih berpuas hati dengan kegagalan skuad
Bawah 19 Tahun (B-19) negara atau Harimau B-19 kendaliannya.
Skuad remaja
ini gagal layak ke pusingan akhir Piala Asia B-20, 2025 setelah hanya menduduki
kedua corot Kumpulan E kelayakan dengan mengumpul lima mata di Dushanbe, Tajikistan.
Paling
menghampakan ialah apabila mereka diikat mengejut 1-1 oleh Sri Lanka di Stadium Pusat Republik,
Dushanbe pada 29 September 2024.
Sedangkan lawan yang hanya dilatih jurulatih tempatan, Rajamany Devasagayam sebelum ini hanya menjadi budak belasahan kepada Oman 5-0, Korea Utara 4-0 dan tuan rumah 3-0.
SKUAD B-19 Malaysia meraikan gol terhadap Sri Lanka dalam perlawanan sekadar pelengkap jadual Kumpulan E kerana telah tersingkir daripada pusingan akhir. - Kredit foto: FAM
Skuad pimpinan Ariff Safwan Safri ini bermula dengan hebat, menundukkan Oman 2-1 pada 21 September 2024, mengikat juara kumpulan, Korea Utara 0-0 dua hari kemudian namun dikecewakan tuan rumah 1-0 dalam masa kecederaan, selang dua hari lagi.
Malah sekadar tiga gol yang mampu dihasilkan B-19 Malaysia sepanjang kempen kelayakan ini menerusi Moses Raj Michel Dass, Haykal Danish Mohd. Haizon dan Mohamad Amir Farhan Fuzi.
Hanya juara 10 kumpulan kelayakan termasuk Korea Utara dan lima naib juaranya yang terbaik, layak ke pusingan akhir Piala Asia B-20 di China dari 6 hingga 23 Februari 2025.
Torres, 44, juga
mengendalikan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Malaysia yang kalah kesemua perlawanan,
Uzbekistan dan Vietnam 2-0 serta Kuwait 2-1 malah menghuni tempat corot
Kumpulan D Piala Asia B-23 di Qatar, April 2024 lalu.
Warga
Sepanyol ini yang juga penolong ketua jurulatih Harimau Malaya, mula menerajui
kedua-dua skuad belia berkenaan pada 11 Oktober 2023 dan 13 Februari 2024.
Mungkin Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM perlu menuntut laporan segera daripada Torres ekoran prestasi hambar di Dushanbe sebelum kedudukannya diputuskan oleh Jawatankuasa Eksekutif (Exco) persatuan.
Kedua-dua jawatankuasa ini dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin dan timbalannya yang juga Timbalan Presiden persatuan, Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi.
AKSI bertenaga pasukan remaja negara pimpinan Ariff Safwan Safri (21) yang berjaya mengekang B-19 Korea Utara tanpa jaringan pada 23 September 2024. - Kredit foto: FAM
PERANTARA B-19 Malaysia, Zamirul Hakim Khair (7) yang cuba menyekat pemain Tajikistan, Khushvakhtov Dzhovidon dalam pertemuan 27 September 2024. - Kredit foto: FAM