Lenggong di persada dunia! Jadi tuan rumah Grand Final sukan permotoran lasak Rainforest Challenge!

Published by
KitaReporters

Loh Sze Yee (depan, dua dari kiri) melihat jentera yang menyertai kembara Rainforest Challenge (RFC) Grand Final di Lenggong.


Anda peminat kejohanan sukan permotoran lasak bertaraf antarabangsa khususnya Rainforest Challenge (RFC). 

baru-baru ini, kira-kira 150 jentera pacuan empat roda (4x4) menyertai sukan permotoran RFC Grand Final edisi ke-27 yang telah diadakan di Dataran Lenggong, Perak.

Sukan permotoran ini berjaya memperkenal Malaysia di mata dunia setanding dan sebaris dengan kejohanan permotoran lasak seperti Dakar Rally, BAJA Race, Le Mans 24hr Race dan Isle of Man Race.
Kejohanan kali ini disertai kira-kira 350 peserta dan wakil media tempatan dan antarabangsa dari lebih 20 buah negara iaitu Poland, Latvia, German, Russia, India, Sri Lanka, Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Singapore. 
Selain itu, turut serta ialah peserta dari Australia, China, Mongolia, Korea, Japan, Colombia, Yemen, UAE, Netherlands, Nigeria, Laos, Estonia dan Malaysia.

Atan Aris


Pengarah Operasi RFC Grand Final 2024 Atan Aris berkata, peserta menempuh 40 halangan sepanjang 10 hari kejohanan ini. Beliau berkata, antara halangan itu seperti hutan, sungai, lumpur dan batu serta cuaca yang tidak menentu.
“Kejohanan ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal serta kenderaan peserta sendiri,” katanya ketika ditemui pada pelancaran RFC Grand Final di Fataran Lenggong pada 30 November 2024 lau.
Atan berkata, para peserta juga perlu memastikan menjaga kebersihan alam sekitar kerana Lenggong merupakan tapak warisan dunia yang tersohor di negara ini.
Menurut, sukan pelancongan ini juga dapat memberikan impak ekonomi kepada penduduk tempatan.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee yang hadir pada majlis Perlepasan RFC  Grand Final 2024 berkata, ini merupakan acara antarabangsa dan Lenggong merupakan tapak warisan dunia dan Geopark terkenal.
“Kita pilih Lenggong kerana daya tarikan hutan semula jadinya. Selain itu, penduduk di sini masih mengamalkan cara hidup yang semula jadi yang boleh dilihat hingga sekarang,” katanya.
Sementara itu, Loh berkata, Pulau Sembilan masih ditutup kepada pelancong demi memastikan kawasan itu terpelihara.
“Pulau Sembilan amat unik dan kita perlu lihat kajian dan keadaan ekosistem di situ sebelum ia dibuka semula kepada pelancong,” katanya. - KitaReporters

12
17
0
12
0

Copy Link: