Opah Ngomel| Video| Raygun, tarian kanggaru, Australia! Jadi bahan lawak dan kutukan satu dunia!
Published byGARA-GARA buat aksi tarian pacak ala-ala gaya kanggaru oleh Dr Rachael Gunn aka Raygun bersama pasukan breakdance bukan saja membuatkan Australia mendapat malu besar pada Sukan Olimpik 2024 di Paris pada awal Ogos 2024 lalu tetapi juga menjadi momokan seluruh dunia dan pulang dengan tangan kosong.
Tarian kanggaru atau kangaroo hop itu mungkin menjadi catatan sejarah dalam seni tari breakdance dan paling tidak terduga Raygun bukan saja tewas dalam pusingan awal (0-18) tetapi juga dianggap sebagai pasukan negara syok sendiri apabila daripada dia menjadi pemilih peserta, calonkan diri sendiri, gaya tarian "tak masuk akal" dan jurulatih adalah suaminya.
Malah netizen seluruh dunia menjadikan tariannya sebagai momokan mengenai gaya tarian yang dianggap sama gayanya dengan seekor anjing berguling-guling di atas tanah dan menggaru gatal pada badannya.
Selepas Olimpik melabuhkan tirainya pada 11 Ogos 2024, Rachael Gunn, 36 tahun, seorang profesor dalam bidang tarian (tapi dalam bidang tarian ballroom bukan breakdance) di sebuah universiti menegaskan penyertaannya dalam Olimpik itu adalah serius dan telah berusaha sedaya upaya mencipta kemenangan.
Aksi tariannya membuatkan juri memberikan markah 0-18 kepada pasukannya kerana tidak menempati seni malah mereka menyifatkan ramai lagi penari breakdance mempunyai gaya yang lebih baik.
Lebih memburukkan keadaan, penyertaan dia untuk ke Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat turut dibatalkan.
Los Angeles Times pada 15 Ogos melaporkan mungkin b-girl yang dikenali sebagai "Raygun_aus” membuat pelbagai teknik tarian melucukan pada Olimpik termasuk menyerupai haiwan lambang Australia, kanggaru. Walaupun dikecam teruk, dia enggan tunduk.
"Saya memang serius dan bekerja keras untuk menyertai Olimpik ini," katanya.
Warga netizen kemudian menjadikan aksi tariannya sebagai bahan parodi kerana ada netizen menyifatkan aksinya seperti kanak-kanak yang berlari ke sana sini ketika hendak dipakaikan baju, teknik tangan seperti ular sedang menari-nari dan alat penyembur air.
Dr Raygun yang juga seorang berkelayakan kedoktoran atau PhD dalam bidang sosial adalah bukan pakar dalam bidang breakdance (tarian jalanan), akhirnya menerima keputusan juri sambil menyifatkan dia berjaya membawa elemen baru dalam seni tarian itu. Dia juga marah dan menuduh "juri" buta simbolik sebalik aksinya.
"Jangan takut untuk menjadi orang yang berbeza. Tunjukkan kebolehan anda, mana tahu bakat itu akan boleh memberi peluang untuk meneroka peluang baru yang terbentang luas," demikian kata Raygun yang kini "melarikan" diri bercuti di Eropah sebelum pulang ke tanah air. Dia berjanji akan melayan semua soalan peminatnya nanti.
Media Australia kemudian melaporkan satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi menyiasat Raygun yang dikatakan mengambil kesempatan untuk memilih dirinya mewakili negara itu, caranya mengumpul dana malah mengaitkan suaminya sebagai jurulatih pasukan itu yang dianggap sebagai "konflik kepentingan".
Raygun dikatakan bersikap sama dengan Presiden Persekutuan Olahraga Somali yang melantik anak saudara yang tidak terlatih untuk menyertai Sukan Universiti Musim Panas ke-31 di Chengdu, China.
Ada dakwaan menyebut Dr Raygun adalah orang yang memilih peserta dan telah mengetepikan seorang penari breakdance lain. Dia juga dikatakan berkawan rapat dengan Ketua Pasukan Olimpik Australia, Anna Meares. Malah suaminya jurulatih dan Raygun memilih dirinya dengan mengatur persembahan menilai calon kelayakan.
Dia dilaporkan mengambil kesempatan membuat ujian pemilihan itu dengan membuat persembahan dalam kalangan rakan-rakan terdekatnya sebagai sokongan kepada dirinya untuk layak menyertai Olimpik.
Dia pemenang QMS Oceania Championships Sydney dan menjadi peserta julung kali terpilih untuk ke Sukan Olimpik tahun ini (2024).
Itu yang menyebabkan rakyat negara itu menandatangi 57,000 petisen memaksa Dr Raygun dan seluruh pasukannya meminta maaf dan perlu disiasat proses pemilihan. - KitaReporters