Piala AFC 2022: Tahniah KL City FC! Mara ke final Zon ASEAN! Azri Ghani jadi wira sepakan penalti!
Published byPenjaga gol Kuala Lumpur City (KL City) FC, Azri Ghani muncul wira selepas menyelamatkan sepakan penalti pemain terakhir Viettel Football Club (FC) dari Vietnam untuk membawa wakil kelab Malaysia ke perlawanan akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Zon ASEAN selepas menewaskan tuan rumah dalam perlawanan separuh akhir.
KL City FC terpaksa menunggu sehingga sepakan penalti untuk mencatat kemenangan 6-5 selepas terikat 0-0 dalam masa sebenar biarpun mereka diasak bertubi-tubi namun Azri yang barisan pertahanan bertindak cemerlang.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Piala AFC
Skuad kendalian Bojan Hodak yang turun dalam perlawanan ini dilihat lebih banyak menggunakan taktikal bertahan dan akan melancarkan serangan balas apabila berpeluang.
Pemain-pemain KL City FC juga begitu berdisiplin dalam bertahan sehingga menyukarkan pemain Viettel untuk menebusi barisan terakhir bagi menjaringkan gol.
Biarpun penguasaan bola lebih tinggi untuk skuad kendalian Bae Ji-won dan percubaan tepat mereka lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan KL City FV namun tidak mengambil peluang terhidang di hadapan gol membuatkan pasukan kendalian beliau berputih mata.
Peluang terbaik KL City hadir pada minit ke-75 namun tandukan Romel Morales diselamatkan penjaga gol lawan.
Kredit foto-foto: FB AFC, KL City FC
Berbaki 15 minit terakhir perlawanan, kedua-dua pasukan terus mencipta peluang terutama Viettel yang dilihat mempunyai deretan peluang sehingga memaksa Azri Ghani bekerja keras memastikan pintu gol beliau terus terselamat.
Perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang 90 minit permainan.
Dalam masa tambahan, Viettel terlepas beberapa peluang untuk mencatat kemenangan berbanding KL City yang lebih banyak bertahan sepanjang permainan ini.
Perlawanan akhirnya terpaksa di bawa kepada sepakan penalti selepas terikat 0-0 selepas masa sebenar. - KitaReporters