Video| Ayah taja pelancaran album solo pertama Sissy Imann! Ubat merajuk! Selepas dimarahi Mas Idayu!
Published byKISAH Sissy Imann, 27, menangis ketika dimarahi juri Mas Idayu dalam program ‘Famili Duo’ pada minggu keenam pada 22 Januari 2023 menjadi bahan bualan hangat peminat hiburan tanah air sehingga dia merajuk dan membatalkan pelancaran albumnya pada 2 Februari 2023.
Album solo sulung Sissy Imann yang dirakamkan di Studio Abbey Road, London, United Kingdom (UK) pada tahun lalu (2022) itu menelan kos tinggi dan masa.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Sissy Imann
"Sebenarnya, Sissy sudah tidak mahu buat majlis pelancaran album. Tetapi saya terpaksa anjurkan kerana ia hadiah kami sekeluarga kepada dia,” kata Ayahanda.
Ayahanda yang melihat bakat seni Sissy sejak kecil mahu melihat bakat anaknya berkembang menjadi salah satu penyanyi terbaik di Malaysia.
"Sissy adalah penyanyi wanita tempatan pertama yang merakamkan lagu di Studio Abbey Road dan itu bukan calang-calang studio.
"Segala persiapan untuk menjayakan rakaman album di studio tersohor itu adalah hasil usahanya sendiri. Jadi, Sissy layak diraikan dan dihargai.
Sementara itu kerana tawar hati untuk melancarkan album solo pertamanya, Sissy mengambil keputusan membuat jualan amal dengan cuma menawarkan harga RM50 untuk 1,000 keping cakera padat (CD).
Menurut Ayahanda, CD tersebut habis terjual dalam tempoh kurang dua jam selepas 'link' (pautan) dibuka baru-baru ini.
Tambahnya, walaupun Sissy lebih dulu membuat pengumuman dalam Instagram mahu menjual album itu dengan nilai RM20, namun kebanyakan pembeli didapati sanggup membayar dengan harga setimpal untuk memperolehnya.
Seribu CD dibuat jualan amal pada harga RM20 sekeping.