Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus memperlihat keprihatinan terhadap insan seni yang menghadapi masalah kesihatan. Setakat ini, empat insan seni menerima bantuan daripada Perdana Menteri. 

Pada 1 September 2023 lalu, anak Seniman Agung P Ramlee, Sazali menerima bantuan bagi rawatan tulang belakang. Pada 3 November 2023 pula, Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada penyanyi veteran Ibnor Riza Ibrahim, 62. 

Turut menerima sumbangan ialah pelakon, juga bekas wartawan hiburan Fauziah Samad. 

Ibnor Riza menghadapi masalah sakit kanser limfoma, manakala Fauziah pula menghidap penyakit osteoartritis sehingga terpaksa berkerusi roda. 

Sumbangan Perdana Menteri disampai oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi.  


Ibnor Riza terharu menerima sumbangan


Sumbangan kepada Fauziah Samad


Dan pada Rabu, 29 November 2023 lalu, Anwar menghulurkan sumbangan kepada pelakon veteran Maimunah Ahmad, lebih dikenali sebagai Mak Jah, 75.

Ahmad Farhan dan beberapa pegawai dari  Jabatan Perdana Menteri mengadakan kunjungan  ke rumah Mak Jah di Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu, 29 November 2023.

Mak Jah  gembira menerima sumbangan Perdana Menteri daripada Setiausaha Politiknya (depan, dua dari kanan) - Kredit foto: FB Anwar Ibrahim

Mak Jah yang merupakan ibu tunggal serta anak-anak tidak menyangka menerima kunjungan Perdana Menteri yang diwakil  Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan.

Pelakon veteran ini dalam proses rawatan kanser dan sudah tidak aktif dalam bidang lakonan selama empat tahun.

Mak Jah tidak menyangka kisahnya sedang berdepan kesukaran hidup akibat masalah kesihatan mendapat perhatian Perdana Menteri. 
Memberitahu media MStar, Mak Jah menyatakan terkejut menerima kunjungan wakil pemimpin negara itu. 

Tambahnya, dia tidak dapat menahan air mata tatkala rumahnya dihadiri tetamu dari Jabatan Perdana Menteri pada pagi Rabu itu. Turut disampai sejumlah barangan keperluan lain.

Bersyukur atas kunjungan dan sumbangan yang diberikan, Mak Jah spontan melakukan sujud syukur selepas para tetamu pulang. 

Ahmad Farhan (kiri) bersama Mak Jah. - Kredit foto: FB Anwar Ibrahim


Dalam pertemuan itu Mak Jah mengemukakan permintaan dipertimbang untuk mendapat rumah lebih selesa. Ini kerana rumahnya kini agak sempit untuk dirinya, anak-anak dan cucu.
Mak Jah selama ini mendapat bantuan daripada Baitulmal Wilayah Persekutuan sebanyak RM500 sebulan .

Kali terakhir Mak Jah diberi peluang berlakon ialah pada Ramadan lalu untuk watak yang tidak memerlukan dia berjalan.

Penyampaian sumbangan untuk Mak Jah dimuat turun dalam FaceBook Anwar Ibrahim. - KitaReporters


Sakit yang dialami membuat Mak Jah tidak lagi aktif berlakon. 


10
11
0
9
0

Copy Link: