Video Kali Pertama Raya! Iklan raya Maxis! Tumpuan kepada pencari kerja kali pertama dari Generasi Z!

Published by
KitaReporters


Maxis telah melancarkan filem Kali Pertama Raya, yang memberi tumpuan kepada pencari kerja kali pertama dari Generasi Z. 

Filem ini mengikuti perjalanan mereka dalam memikul tanggungjawab baharu, berasa berupaya dan bangga dapat menyumbang kepada keluarga mereka. 

Ia juga menyentuh kepentingan untuk terus berhubung dengan orang tersayang serta peranan teknologi dalam menjadikan musim perayaan lebih istimewa.

Selain itu, Maxis menawarkan promosi dan tawaran menarik untuk pelanggan prabayar, pascabayar dan fibernya bagi menceriakan perayaan, termasuk peranti dengan nilai yang hebat serta pelan mampu bilik dengan lebih banyak data.

“Maxis berbesar hati untuk berkongsi filem raya kami sempena hari raya, yang mewakili nilai-nilai Malaysia yang unik. 

"Kami juga teruja untuk menawarkan tawaran Aidilfitri yang sangat menarik untuk menceriakan musim perayaan ini. 

"Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini,” kata Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran Maxis.

Tawaran dan promosi menarik tersedia untuk pelanggan Hotlink, Maxis Postpaid dan Maxis Home Fibre agar mereka boleh terus berhubung dan menikmati musim perayaan bersama-sama. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my.

Sementara itu, menjelang musim perayaan, Maxis telah mengedarkan kotak makanan kepada 200 keluarga di beberapa lokasi. 

Inisiatif ini adalah untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir di Johor baru-baru ini, sekali gus membantu mereka dalam persiapan sambutan Hari Raya. Sukarelawan Maxis juga turun padang untuk membantu pengagihan. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
17
0
8
0

Copy Link: