Video| Kalau tak, tak kahwin! 70 pasangan berkahwin beramai-ramai! Kos majlis perkahwinan mahal!

Published by
KitaReporters


UMUM pun tahu, negara Afghanistan merupakan negara termiskin yang sentiasa mengalakkan pasangan remaja supaya berkahwin serentak secara beramai-ramai bukan sahaja untuk menjimatkan kos perkahwinan mereka tetapi menjadikan acara itu sebagai kenangan yang terindah kepada pasangan kekasih terbabit

Baru-baru ini, pada 13 Jun 2022 lalu, seramai 70 pasangan kekasih di negara itu telah melangsungkan perkahwinan mereka secara beramai-ramai di Kabul, Afghanistan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis perkahwinan



Kredit foto: Foto-foto AFP


Portal asia-news.com dipetik melaporkan terdapat pengantin wanita menutup mata dengan kain seledang berwarna hijau tebal.

Pada acara pernikahan tersebut dikatakan beratus-ratus tetamu yang hadir bagi meraikan majlis raja sahari pasangan suami isteri terbabit. 

Acara pernikahan beramai-ramai itu hanya diisi dengan pembacaan puisi dan pidato oleh pengacara di majlis itu.

Para wartawan tidak dibenarkan menemu ramah pengantin wanita yang memakai baju gaun berwarna putih di majlis pernikahan itu tetapi mereka hanya dibenar mengambil gambar sekitar majlis perkahwinan itu berlangsung.

Sementara terlihat kuih kek pengantin berwarna merah dan putih terletak masing-masing di hadapan pengantin lelaki.



Kredit foto: Foto-foto AFP 


Acara pernikahan tersebut berakhir, pengantin lelaki dan wanita meninggalkan tempat berkenaan dengan menaiki  kereta masing-masing yang dihiasi bunga dan pita. 

Penyelenggara pernikahan terbabit dari Pertubuhan Kesejahteraan Masyarakat, Sayed Ahmad Selab mengatakan program yang dianjurkan bagi membantu pasangan suami isteri tersebut kerana kebanyakan mereka gagal untuk bernikah akibat dibelenggu masalah kewangan.

‘’Sekarang dengan masalah ekonomi semakin meleset, mereka tidak mampu melakukan majlis pernikahan bersendirian secara besaran (peralatan kahwin, mas kahwin dan jumlah tetamu yang besar) kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

‘’Pasangan kekasih itu terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk bernikah supaya mereka dapat mencari wang bagi perbelanjaan pernikahan dan sebab itu lah kami menganjurkan perkahwinan secara beramai-ramai seperti itu bagi menjimatkan perbelanjaan majlis pernikahan mereka,’’ katanya.



Bagi keluarga yang tidak berkemampuan akan memilih menyertai pernikahan secara beramai-ramai bagi menjimatkan perbelanjaan sekiranya ia diadakan secara perseorangan yang memerlukan belanja yang besar.

‘’Hari ini, tiada seorang lelaki pun yang sanggup menanggung beban pernikahan dengan kos yang besar,’’ kata seorang pengantin lelaki, Ebadullah Niazal yang terpaksa menunggu selama lapan tahun untuk berkahwin dengan isterinya.

Seorang lagi pengantin lelaki, Esmatullah Bashardost, 22, berkata dia tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kekurangan wang menyebabkan keluarganya memilih untuk menyertai pernikahan secara beramai-ramai.

Esmatullah selanjutnya berkata, pernikahan di majlis seperti itu kemungkinan akan menjadi kenangannya yang terindah bersama isteri sepanjang hidup mereka.

Pernikahan di Afghanistan suatu ketika dahulu merupakan acara yang meriah  dengan disediakan pelbagai persembahan termasuk nyanyian dan tarian oleh pihak pengantin selain acara muda mudi turut diadakan di peringkat kampung. - KitaReporters


Kredit foto: Foto-foto AFP  

13
18
0
2
0

Copy Link: