Berita Terkini| 17 kes varian Covid-19 Afrika Selatan di Kelantan! Di Tumpat dan Tanah Merah!
Published byGambar hiasan... Kebanyakan kes varian Afrika Selatan dikesan di Tumpat dan Tanah Merah, Kelantan
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesan sebanyak 17 kes varian Covid-19 Afrika Selatan di negeri berkenaan setakat ini dengan kebanyakan kes dikesan di Tumpat dan Tanah Merah.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata bagaimanapun, jumlah itu bukanlah daripada keseluruhan kes di negeri tersebut kerana tidak semua kes Covid-19 diambil sampel untuk ujian varian.
"Daripada 17 kes varian Afrika Selatan dikesan, kebanyakannya adalah di Tumpat dan Tanah Merah. Untuk kes varian Afrika Selatan ini, kita mengambil sampel daripada beberapa kluster untuk ujian.
"Bukan semua individu yang didapati positif Covid-19 akan dibuat ujian bagi menentukan jenis varian," katanya dipetik oleh Berita Harian, 12 Mei 2021.
Sementara itu, untuk info, media sebelum ini melaporkan kewujudan varian Afrika Selatan B.1.351 di Kelantan dipercayai daripada penduduk di negeri itu yang hadir kenduri di Kuala Lumpur. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter