Berita Terkini| Ziarah raya! Keluarga Norman Hakim, Abby Abadi pula beri keterangan kepada polis
Published byKetua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, keterangan kelima-lima individu itu diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
POLIS telah merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi berikutan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana melakukan amalan ziarah raya pada hari raya pertama pada Khamis, 13 Mei 2021 lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner
Mohamad Farouk Eshak berkata, keterangan kelima-lima individu itu diambil di
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10 pagi, Selasa, 18 Mei
2021.
"Sehingga kini pihak Polis Ampang Jaya telah
merakam keterangan lima orang termasuk selebriti dan tuan rumah.
"Kes masih dalam tindakan dan akan dirujuk ke
timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut," katanya dalam satu kenyataan
media di Ampang pada Selasa, 18 Mei 2021.
Terdahulu, tular dalam media sosial gambar keluarga
selebriti terbabit menyambut hari raya bersama yang disyaki walaupun mereka tidak
tinggal serumah.
Kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman selebriti
berkenaan di Hulu Kelang, membabitkan kira-kira 13 individu yang disyaki satu
keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.
Mohamad Farouk berkata pihaknya telah menerima satu
laporan polis berkaitan kes terbabit.
Kes disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter