Rafidah Ibrahim dan suami selamat dinikahkan di Masjid Jamek Kampung Baru pada 5 Mei 2021


Pelakon filem Adik Manja Returns, Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali Fida, 35, selamat melangsungkan perkahwinan dengan bekas pengurusnya, Shahzemir Shahzulkarib, 37, di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 5 Mei 2021.

Majlis berlangsung kira-kira jam 3.30 petang itu hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan enggan berkongsi jumlah hantaran diterima.

Memetik laporan Harian Metro, 6 Mei 2021, Fida yang juga penyanyi serta usahawan sudah berkenalan dengan suaminya sejak lebih 10 tahun lalu dan dia bersyukur hasratnya ingin bernikah dengan lelaki pilihan jadi kenyataan.

"Saya dan suami meminta maaf kerana tidak dapat jemput semua ahli keluarga kami serta sahabat-sahabat berikutan situasi pandemik Covid-19 sekarang. Semuanya kena mengikut SOP dan tetamu pun terhad.

“Kami  bersyukur majlis akad nikah dapat dilaksanakan sebaiknya. Tambah bermakna, baju kebaya dipakai sewaktu majlis dijahit sendiri arwah ibu dan telah disimpan rapi selama hampir 20 tahun.

"Walaupun mak sudah meninggal dunia empat tahun lalu, bagi saya dia tetap ada pada majlis pernikahan saya,” kata Fida yang juga sepupu kepada penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
3
0
0
1

Copy Link: