Sebanyak 480 kes baharu direkodkan di Kelantan pada 5 Mei 2021


SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V dukacita melihat ramai rakyat di negeri berkenaan masih mengambil ringan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Muhammad V, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata baginda menitahkan semua rakyat Kelantan, perantau, golongan kenamaan atau selebriti agar tidak merentas negeri jika tiada sebarang kecemasan.

“Baginda menitahkan larangan itu ekoran penularan varian Afrika Selatan B.1.351 yang turut dikesan di Kelantan berpunca daripada aktiviti rentas negeri. Baginda bimbang dengan peningkatan kes positif Covid-19 di Kelantan sejak pertengahan April 2021.

“Sikap ramai rakyat Kelantan yang masih mengambil ringan SOP menyebabkan baginda dukacita. Baginda benar-benar berharap rakyat dapat bekerjasama melindungi ahli keluarga dan orang sekeliling,” katanya dalam satu kenyataan, pada 6 Mei 2021.

Menurut beliau lagi, baginda juga bersimpati dengan kakitangan Kementerían Kesihatan (KKM) yang telah banyak berkorban sejak awal pandemik demi mengekang penularan Covid-19 lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Sempena minggu terakhir Ramadan, baginda mengajak semua rakyat sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT supaya penularan Covid-19  dapat dibendung secepat mungkin,” ujarnya. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
1
0
1
0

Copy Link: