Video| Tak menang AJL36 tak apa! Ernie Zakri puas hati! Syamel berjaya bawa Boneka ikut caranya!
Published byMENGAPA perlu cari penyanyi lain sebagai pengganti sedangkan dia sudah mengenali kemampuan Syamel sebagai penyanyi, sebelum dan selepas duduk serumah. Syamel memiliki kualiti dan identiti tersendiri.
Kerana itu Ernie Zakri tanpa ragu memberi kepercayaan penuh kepada suaminya, Syamel untuk mengganti dirinya dalam menyampaikan lagu ‘Boneka’ dalam Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ernie Zakri
Ernie kemudian menghubungi pihak syarikat rakaman, Rocketfuel Entertainment dan mencadangkan nama Syamel dan pihak Rocketfuel tidak membantah.
Walaupun tidak menang, namun Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, puas dengan cara Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, mengubah semula lagu itu dan sesuai mengikut cara nyanyian lelaki.
Tambah Ernie dia sengaja tidak mencari penyanyi perempuan agar tidak membuat orang ramai membanding cara nyanyian dia dan penyanyi wanita lain.
Lalu dia mencadangkan Syamel sebagai penyanyi pengganti dan suaminya itu bersetuju dengan syarat diberi kebebasan untuk mengubah sedikit cara nyanyian seorang lelaki.
Tambah Ernie sebelum ini dia sengaja merahsiakan siapa penyanyi pengganti untuk membuat orang ramai tertanya-tanya. Namun masih ada yang membuat tekaan tepat. Dan dia gembira ada yang mampu membuat tekaan tepat.
Lagu ‘Boneka’ dicipta oleh Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K) dan Iqie Hugh (Muhammad Firdaus Rahmat).
Dalam AJL35, Ernie berjaya memperoleh kategori vokal terbaik melalui lagu ‘Gundah’.
Dalam AJL36 pula, Ernie tidak dapat bertanding kerana sedang dalam berpantang dan suaminya Syamel sedia menjadi penyanyi pengganti.