DISEBABKAN permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang teruk sebelum dan semasa perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia menentang Bahrain semalam, 11 Jun 2022, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah memberi solusi kepada masalah tersebut dengan cara menggunakan kanvas untuk menutup padang bagi mengatasi masalah tersebut. 

Jika berlaku hujan lebat, petugas di SNBJ hanya perlu menutup permukaan padang untuk mengelak masalah tangkungan air dan mereka juga dapat jimat tenaga tanpa perlu pekerja menggunakan penyodok sampah untuk mengeluarkan air yang bertakung di atas padang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Stadium Nasional Bukit Jalil


Gambar petugas menggunakan cara tersebut (menggunakan penyodok sampah untuk mengeluarkan air yang bertakung di atas padang) telah mendapat perhatian banyak pihak yang menganggap ia satu tindakan tidak profesional daripada pengurusan SNBJ

Menurut TMJ, cara yang dicadangkanny ini dapat menjimatkan kos dan secara tidak langsung padang juga akan terjaga dengan keadaan baik.  

Sebenarnya jalan terbaik untuk mengatasi masalah padang seperti itu adalah dengan membina sistem perparitan yang efisen dan bila hujan turun dengan lebat sekali pun, masalah takungan air dapat di atasi dengan begitu pantas

Namun bagi pihak SNBJ mungkin memikirkan ia melibatkan kos yang banyak dan ingin menjimatkan kos, cadangan TMJ sebenar harus dipertimbangkan biarpun 'drainage system' (sistem penyaliran) hanya sekitar RM300,000 sahaja



TMJ bukan hanya sekadar memberi cadangan kosong sebaliknya mereka telah membuktikan di stadium mereka dan Stadium Sultan Ibrahim antara yang terbaik di Malaysia ketika ini dengan kos jagaan yang tidak begitu mahal seperti mana didakwa oleh sesetengah pihak. 

Jika dilihat dalam perlawanan semalam (11 Jun 2022), dengan reputasi SNBJ, ia tidak sepatutnya terjadi dan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kurang baik dan memalukan untuk Malaysia apatah lagi jika ingin membida sebagai tuan rumah dalam pusingan akhir Piala Asia 2023 nanti. 

Kita mengharapkan keadaan padang SNBJ akan cepat pulih dalam perlawanan terakhir kerana kita mempunyai misi yang sangat besar untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia tahun hadapan (2023). - KitaReporters


9
7
0
20
0

Copy Link: