Berita Terkini| Dua pertuduhan liwat anak perempuan berusia 7 tahun! Bapa mengaku tak bersalah!
Published byGambar hiasan... Tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak perempuannya
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 28 April 2021 terhadap dua pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak perempuan kandungnya, sejak Disember 2020.
Memetik laporan Sinar Harian, 28 April 2021, tertuduh yang berusia 45 tahun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Dazuki Ali.
Berdasarkan pertuduhan tersebut, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia tujuh tahun.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di daerah Dungun pada waktu malam, 1 Disember 2020 hingga 30 Januari 2021.
Pendakwaan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Rabiatul Adawiah Soupy.
Mahkamah
menetapkan sebutan kes pada 24 Mei 2021 bagi lantikan peguam serta penyerahan
dokumen. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter