MAHASISWA Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan kerana mengumumkan bantuan segera secara one-off sebanyak RM200 kepada semua mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT). : KitaReporters



Pelajar dari Inapan Siswa (Inasis) Petronas, Muhammad Farid Anuar, 23, berkata, bantuan yang diterima secara one-off mulai Mei nanti sesungguhnya dapat membantu golongan pelajar khususnya bagi perbelanjaan harian. 

"Pemberian dari pihak kerajaan terutama di masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diharap dapat meringankan beban pelajar dan keluarga", katanya ketika ditemui.

 

Muhammad Farid Anuar


Manakala Aini Sarah Saiful, 21, dari Inasis MISC-BSN berharap RM200 yang akan diterima dapat membantu mahasiswa dari seluruh negara. 

"Kami amat beruntung bukan sahaja diumumkan RM200 malah kerajaan turut mengumumkan bantuan penggunaan Internet secara percuma", ujar Aini Sarah lagi.

 

Aini Sarah Saiful


Dalam pada itu, Mohamad Rafiq Ruzaini Md Razi, 23, yakin mahasiswa dapat membelanjakan bantuan RM200 itu secara berhemah. 

"Walaupun UUM telah menyediakan Wi-Fi secara percuma, namun pengumuman Perdana Menteri itu memberi manfaat kepada rakan-rakan lain yang berada di kampung halaman", tambahnya lagi.

Mohamad Rafiq Ruzaini Md Radzi


Bagi pelajar orang kelainan upaya (OKU), Kiren Nair, 23, RM200 dan Internet percuma yang diumumkan itu amat bermakna bagi menampung perbelanjaan harian terutama ketika wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia sekarang.

"Langkah kerajaan ini tepat pada masanya bagi meringankan beban bukan sahaja kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) malah ibu bapa juga," sambungnya lagi.

 

Kiren Nair


Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Jumaat, 27 Mac 2020, bantuan berjumlah RM250 billion telah diperuntukkan untuk membantu meringankan beban rakyat berikutan Covid-19.

Daripada keseluruhan jumlah berkenaan, sebanyak RM270 juta telah disalurkan kepada pelajar di semua peringkat pengajian tinggi termasuk kolej komuniti, matrikulasi, politeknik serta IPTA dan IPTS. - KitaReporters


1
1
0
0
0

Copy Link: