Berita Terkini| Ramadan: Waktu operasi Pusat Darah Negara dilanjutkan! Mudahkan penderma Islam
Published byPusat Darah Negara melanjutkan waktu operasinya sepanjang Ramadan
WAKTU operasi Pusat Darah Negara (PDN) sepanjang bulan Ramadan ini dilanjutkan bagi terus memberi peluang dan memudahkan penderma darah yang beragama Islam menderma selepas masa berbuka puasa.
Menerusi
hantaran dikongsikan PDN menerusi laman sosial Facebooknya pada 12 April 2021, PDN
Jalan Tun Razak bakal beroperasi bermula jam 7.30 pagi hingga 9 malam pada hari
Isnin hingga Jumaat, manakala jam 8 pagi hingga 4 petang bagi Sabtu dan Ahad
serta hari cuti umum.
“Bagi PDN Donation
Suite terletak di Midvalley Megamall, waktu operasi bermula jam 10 pagi hingga
9 malam setiap hari sepanjang Ramadan.
“Suite
Derma Darah Puspanita di Presint 10, Putrajaya pula dari jam 8 pagi hingga 4
petang bagi hari Sabtu hingga Rabu, manakala jam 1 tengahari hingga 8.30 malam
bagi setiap Khamis dan Jumaat,” menurut hantaran itu.
Kenyataan tersebut
turut memaklumkan, penderma darah bukan beragama Islam juga diseru untuk tampil
menderma darah sepanjang Ramadan ini bagi memastikan bekalan darah mencukupi
dan stok darah kekal selamat. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters