Berita Terkini| Caj air kosong lebih RM1! Kes tertinggi di Kelantan! KPDNHEP keluarkan 14 notis
Published byGambar hiasan... Peniaga dikesan caj air kosong melebihi RM1 segelas dalam Ops Catut 8.0 (air kosong). - Kredit foto: mstar.com.my
Kelantan
merekodkan kes paling tinggi kesalahan mengenakan caj air kosong melebihi RM1 segelas
yang dikesan bagi tempoh empat hari dalam
Ops Catut 8.0 (air kosong) bermula pada 7 April 2021.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata sebanyak 14 notis telah dikeluarkan kepada
peniaga makanan dan minuman di Kelantan sebelum diikuti Selangor dengan 12
notis.
“Ops Catut
8.0 (air kosong) dilaksanakan KPDNHEP di seluruh negara bermula 7 hingga 15
April (2021) ini. Sepatutnya air kosong hanya dicaj tidak lebih daripada RM0.20 tapi
ada kedai mengenakan bayaran harga melebihi RM1.
“Setakat
ini KPDNHEP telah keluarkan 84 notis di seluruh negara dengan jumlah kes paling
tinggi direkodkan di Kelantan dan diikuti negeri-negeri lain. Hanya Kedah dan
Putrajaya belum merekodkan sebarang notis dikeluarkan.
“Operasi
ini dijalankan terhadap pelbagai kategori premis termasuk restoren mewah dan biasa,
makanan segera, francais, kedai makan serta warung,” katanya dipetik laporan Sinar
Harian pada 10 April 2021.
Kata Rosol
lagi, operasi yang masih berbaki lima hari akan diteruskan bagi memastikan hak
pengguna terjamin dan peniaga tidak mengaut keuntungan berlebihan. - KitaReporters