Christine Sinclair mesin gol wanita Kanada! Emas Olimpik! Ledak 187 gol dalam 304 perlawanan!
Published byChristine Sinclair menunjukan pingat emas yang dimenangi pasukan kebangsaan bola sepak Kanada pada Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Kredit foto: Twitter Christine Sinclair
Sinclair sentiasa tenang dan berkeyakinan tinggi untuk meledak gol setiap kali berdepan dengan penjaga gol pihak lawan. - Kredit foto : Wikipedia.
BERJAYA meledak sejumlah 111 gol pada peringkat antarabangsa (setakat 4 September 2021) untuk negaranya dan diuar-uarkan sebagai penjaring gol sepanjang zaman tidak bermakna bintang Portugal, Cristiano Ronaldo sudah berjaya mengunguli senarai penjaring terbanyak dunia.
Ini kerana mereka sebenarnya masih ketinggalan sebanyak 76 gol untuk menyamai jaringan gol pemain wanita kebangsaan Kanada, Christine Sinclair yang berjaya mencipta 187 gol (setakat 6 Ogos 2021) daripada 304 perlawanan peringkat antarabangsa termasuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 (23 Julai - 8 Ogos 2021) yang mana Kanada memenangi pingat emas.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bola sepak wanita
Sinclair bersedia menyempurnakan sepakan penalti ketika mewakili negaranya, Kanada dalam salah satu perlawanan peringkat antarbangsa. - Kredit foto: Wikipedia.
Selain Sinclair, terdapat tujuh lagi pemain wanita yang mempunyai gol antarabangsa lebih banyak daripada jaringan yang dilakukan oleh Ronaldo dan Ali Daie dengan dua daripada pemain itu masih aktif bermain dengan pasukan kebangsaan mereka.
Sinclair yang berusia 38 tahun masih aktif mewakili skuad kebangsaan Kanada juga masih berpeluang menambah bilangan jaringan gol.
Pemain kelahiran Burnaby, British Colombia, Kanada itu berjaya memperbaharui rekod penjaring gol terbanyak pada Januari tahun 2020 ketika menentang St Kitts and Nevis dalam saingan Kelayakan Olimpik memetik laporan Wikipedia.
Christine Sinclair bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan pasukan kebangsaan wanita Kanada meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun pada 6 Ogos 2021. - Kredit foto: Twitter Christine Sinclair.
Pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 (dengan menewaskan pasukan Amerika Syarikat) dan penerima 14 kali anugerah Canada Soccer Player of the Year itu selain mencatat nama sebagai penjaring terbanyak pada peringkat antarabangsa turut mencatat sejarah sebagai pemain yang beraksi lima kali kejohanan Piala Dunia serta empat sukan Olimpik di Beijing (2008), London (2012), Rio (2016) dan Tokyo (2020).
Sinclair atau nama sebenarnya Christine Margaret Sinclair yang bermain di posisi penyerang bersama kelab Portland Thorns FC sejak 2013 mula berjinak dengan sukan bola sepak seawal usia tujuh tahun lagi.
Pemain yang melakar sejarah sebagai atlet berpasukan pertama Kanada yang menerima anugerah Bobbie Rosenfeld sebanyak dua kali ini mula mewakili skuad wanita kebangsaan Kanada sejak tahun 2002.
Sinclair bersama rakan sepasukan kelab Portland Thorns FC yang diwakilinya sejak tahun 2013. - Kredit foto: Wikipedia.
Kehadiran Sinclair yang mampu menjaringkan gol dari sudut sukar sentiasa menjadi igauan buruk kepada pertahanan pihak lawan. - Kredit foto: Wikipedia.
Untuk rekod, beberapa pemain wanita lain yang tersenarai sebagai penjaring terbanyak dunia selain Sinclair selalu penjaring terbanyak, turut tersenarai adalah pemain Amerika Syarikat, Wambach dengan 184 gol, Mia Hamm (158), pemain Jerman Birgit Prinz (128), pemain Scotland Lloyd (125), Julie Fleeting (116). - KitaReporters
Sinclair bersama salah seorang rakan sepasukan merayakan salah satu gol yang berjaya dijaringkan. - Kredit foto: Twitter Christine Sinclair.
Sinclair bersama rakan sepasukan merayakan kemenangan di kejuaraan WPS tahun 2010. - Kredit foto: Wikipedia.