Gambar hiasan. - Kredit foto: TV3


SEORANG adik terkejut dan menangis apabila melihat abangnya yang berusia 33 tahun mati tergantung dipercayai bunuh diri akibat tekanan perasaan di dalam biliknya di sebuah rumah di sebuah kampung di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Jumaat 26 Mac 2021. 

Adiknya yang yang berusia 30 tahun itu sebelum itu pergi ke bilik tidur abangnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk mengejutkan abangnya yang disangkakan masih tertidur lagi untuk pergi solat Jumaat. 

Bagaimanapun, sebaik sahaja dia membuka pintu bilik, dia amat terkejut kerana mendapati mangsa bukan lagi sedang tidur tetapi sudah mati tergantung dengan seutas tali tanpa memakai baju dengan keadaan mengerikan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bunuh diri:

https://kitareporters.com/search?search=bunuh+diri 


SEUTAS tali yang dipercayai digunakan oleh seorang lelaki untuk mengantungkan dirinya.


Sebelum kejadian, mangsa yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak berumur enam tahun itu dikatakan pulang daripada bekerja ke rumahnya di kampung itu kira-kira jam 8 pada Jumaat 26 Mac 2021.

Selepas pulang daripada bekerja syif malam itu, lelaki terbabit terus tidur di biliknya dan adik perempuannya cuba mengejutkan mangsa kerana masa sudah terlewat untuk pergi sembahyang Jumaat di masjid kampung itu. 

Lelaki berkenaan dan adik perempuannya itu tinggal bersama kedua-dua ibu bapa mereka di kampung di Setiu itu dan ketika kejadian berlaku ibu bapa mangsa tiada di rumah kecuali hanya adiknya sahaja yang berada di rumah itu. 

Manakala isteri dan anak mangsa sedang berada di rumah ibu mentua lelaki tersebut di sebuah kampung di Hulu Terengganu.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi Hussin ketika ditanya mengesahkan kejadian itu dan menyifatkan kematian mangsa sebagai mati mengejut. 

Beliau berkata, pihak polis menerima laporan dari adik perempuan itu tentang kematian abangnya pada pukul 1.45 petang, semalam, Jumaat. 

``Setakat ini, pihak polis tidak dapat mempastikan lagi punca kematian mangsa sema ada masalah keluarga, tekanan tempat kerja atau apa-apa masalah lain kerana kes itu masih dalam siasatan polis,’’ kata Affandi ketika dihubungi malam tadi, Jumaat. 

Mayat lelaki itu telah dihantar ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat. - KitaReporters

16
11
98
11
14

Copy Link: