Tahniah Kapten Mukhriz! Bernikah dengan anggota polis udara!
Published by"Sayangku Kapten Mukhriz" sudah berpunya! Kapten Mukhriz lakonan Raja Afiq atau nama penuhnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 26, akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan pasangannya Soffwany atau nama sebenarnya Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff. : KitaReporters
Raja Afiq dan pasangannya, Soffwany kini sah bergelar suami isteri apabila selamat diijabkabulkan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor pada 19 September 2020. - Kredit foto: Instagram Raja Afiq
Lagi cerita-cerita berkaitan perkahwinan:
https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan
Pelakon kacak dan tampan itu selamat diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohamad Yusoff Lebai Hamzah di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam,Selangor pada pagi hari ini, Sabtu 19 September 2020.
KEMESRAAN antara Raja Afiq dan Soffwany mula terjalin sejak awal tahun ini sehingga menjadikan pasangan kekasih ini bertemu jodoh sebagai pasangan suami isteri yang sah. - Foto Instagram Raja Afiq
Sebelum ini, ramai peminat pelakon Sayangku Kapten
Mukhriz tidak mengetahui perkembangan kehidupan peribadinya apatah lagi
hasratnya untuk berkahwin dengan gadis pilihan hatinya.
Namun, perkenalan yang singkat melalui Instagram pada tahun ini telah melahirkan perasaan cinta dan sayang hingga tidak berbelah bahagi, dan seterunya mengikat kedua-dua pasangan tersebut untuk melangsungkan
pernikahan mereka.
"Kalau ikutkan,
perancangan kami untuk bernikah sebenarnya pada bulan Ogos lalu. Tetapi,
disebabkan pandemik Covid-19 kami terpaksa anjak pada tarikh hari ini (19 September 2020).
"Alhamdulillah syukur majlis pernikahan berjalan dengan
lancar dan dipermudahkan. Majlis persandingan pula akan dibuat pada awal
tahun depan insya-Allah,” jelas beliau seusai majlis tersebut.
Terdahulu, pasangan ini sudah pun mengikat tali pertunangan
sekitar bulan Mac 2020 lalu di rumah keluarga Soffwany di Johor Bahru secara tertutup dan tidak ramai
yang mengetahui majlis pertunangan mereka kecuali ahli keluarga terdekat sahaja.
Mereka mula berkenalan antara satu sama lain sejak awal tahun ini dan
mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak keluarga.
Soffwany adalah petugas dalam Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga seorang penyanyi di bawah naungan Suria Records.
Imbas kembali saat-saat manis perkenalan mereka yang
dikatakan singkat tetapi mesra apabila Afiq sering menghantar mesej langsung (DM)
di IG Soffwany. Banyak kali Afiq hantar mesej, tetapi dia (Soffwany) hanya
membalas dengan emoji sahaja.
"Namun, dia tetap tidak berputus asa dan tetap
menghantar DM hingga kami bertukar nombor telefon. Kami berkenalan tidak lama
dan terus membuat keputusan bertunang. Antara kami ada keserasian,tambahan pula keluarga merestui hubungan kami," demikian kata Soffwany ketika mendedahkan rahsia pertunangan mereka dahulu.
Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran
berjumlah RM15,000, dengan mas kahwin sebanyak RM1,101 berserta lima dulang dan dibalas
dengan tujuh dulang daripada pihak perempuan.
Pasangan pengantin baharu ini bakal mengadakan majlis
bersanding pada Januari 2021 dan lokasi resepsi berkemungkinan di
Kuala Lumpur atau Ipoh, Perak.