Hobi unik bakal doktor gigi jelita! Vina Fitria suka bawa Guin, si monyet, jalan-jalan ke kafe
Published byVina sering membawa Guin duduk minum-minum di sebuah kafe kegemarannya. - Kredit foto: Serambi Indonesia.
VINA Fitria, 24, merupakan bakal doktor gigi yang menuntut di Fakulti Kedoktoran, Universiti Syiah Kuala (Unsyiah), Banda Aceh, Aceh.
Di samping mengikuti pengajian doktor, Vina mempunyai hobi memelihara monyet yang sering dibawanya berjalan-jalan termasuk minum di kafe.
Vina kerap terlihat datang ke salah sebuah kafe terkenal di bandar Lhokseumawe, Aceh Utara dengan membawa seekor monyet yang sudah dipakaikan baju. Monyet betina itu diberi nama Guin.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan haiwan:
https://kitareporters.com/search?search=haiwan
Vina memang suka memelihara binatang. Antara binatang yang pernah dipelihara ialah kucing, kura-kura dan arnab.
Kira-kira enam bulan lalu, ketika melintas di Jalan Aceh Besar, dia melihat seekor anak monyet betina berusia kira-kira sebulan. Gadis cantik ini timbul niat untuk memeliharanya dan diberi nama Guin.
Kini sudah enam bulan dia memelihara Guin ketika sibuk mengikuti pengajian. Guin berada di samping Vina hampir sepanjang masa termasuk tidur bersama kecuali ke kuliah.
Ketika tinggal di rumah, Guin dilayan baik oleh ibu bapa dan adik beradik Vina. Guin dimandi dua kali sehari, diberi minum susu dalam botol dan diberi suntikan agar gigitan dan air liurnya tidak membahayakan orang ramai.
Kehadiran Vina bersama Guin menarik perhatian orang ramai dan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar dan memegang Quin.
Malahan Vina sering dibelanja oleh pengunjung yang kemudian minta bergambar dengan dia dan Quin. Vina gembira melayan permintaan orang ramai itu. - KitaReporters