Ringkas, menyentuh hati! iklan raya Petronas tetap terbaik!!
Published bySETIAP tahun pasti kita akan disajikan dengan pelbagai iklan Hari Raya Aidilfitri yang menarik mengikut kreativiti masing-masing. Tenaga Nasional Berhad (TNB), Petronas, Telekom Malaysia (TM) antara nama besar yang sering mewarnai iklan raya kita setiap tahun. : KitaReporters
Namun tahun ini mereka memerlukan idea yang lebih kreatif untuk menghasilkan video raya yang mampu menarik perhatian orang ramai memandangkan tidak boleh jalankan pergambaran seperti tahun sebelum ini.
Selain itu, kita pula berdepan dengan isu lebih besar iaitu pandemik Covid-19.
Ini memaksa rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) serta SOP-SOP yang berkaitan dengannya.
Kita tak boleh merentas negeri, maka tak boleh balik kampung!!
Kredit video Petronas
Oleh itu, Petronas telah tampilkan idea iklan raya menggunakan animasi kartun dengan tajuk 'Antara Dua Jendela'.
Biarpun menggunakan animasi, ia tetap menyentuh dan mesej itu sampai ke sanubari penonton.
Video kali ini dilihat lebih ringkas dengan loghat Perak dan mudah difahami di mana ia menceritakan dua keluarga yang hadapi situasi berbeza setiap kali hari raya.
Bagi Mak Teh, sambutan hari raya beliau setiap tahun begitu meriah apabila anak-anaknya pulang beraya di kampung bersama cucu tercinta.
Manakala Pak Tam pula tidaklah semeriah Mak Teh. Patut la monyok je muka Pak Tam setiap kali hari raya.
"Pak Tam, gulanya mana gula" Mak Teh.
Dalam video ini juga terselitkan unsur komidi apabila Mak Teh sering kali usik manja Pak Tam dengan meminta gula setiap kali malam raya.
Pak Tam ini pun, tak kan tak faham lagi, Mak Teh nak mencuba tu, dua dua duduk seorang, kan molek bersatu!!
Namun begitu, apabila tahun ini anak-anak tidak dapat pulang beraya di kampung akibat COVID-19, Pak Tam akhirnya berlembut hati berbaik dengan Mak Teh pergi jumpa Mak Teh siap bawa gula lagi.
Pada akhir video, dapat dilihat biarpun anak-anak jauh, tetapi masih boleh berjumpa dalam alam maya dengan panggilan video.
Mungkin video kali ini tidak setanding seperti tahun sebelum ini, tetapi pujian harus diberikan kepada mereka kerana berjaya juga hasilkan video raya kali ini.
Mesej yang boleh dipelajari kali ini, anak-anak yang tidak dapat pulang itu, sentiasalah berhubung dengan keluarga agar rindu mereka terubat dan sunyi itu tidak terasa.
Bagi anak-anak yang memang jarang balik kampung, usah jadikan alasan tidak dapat balik beraya tahun ini untuk anda pulang beraya, tak kan nak tunggu raya baru nak pulang kampung. - KitaReporters
Kebahagiaan yang dirindui sebenarnya ada di depan mata. Namun ia akan terlihat dengan hati yang dibuka. Saksikan kisah cinta yang merentasi jarak dan masa. Selamat Hari Raya Istimewa daripada PETRONAS.