Pakai bomoh? Tony Eusof kritik FINAS sibuk nak menang Oscar!!
Published byMASIH belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buatahli perniagaan dan aktivis masyarakat, Zakaria Abd Hamid yang dilantik sebagai Pengerusi baharu FINAS menggantikan Datuk Hans Isaac dan Presiden Yayasan KRU, Datuk Norman Abdul Halim sebagai timbalannya. Ramai berharap dengan kepimpinan baharu itu nanti, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dapat membela dan memahami keperluan dan masalah yang dihadapi oleh pembikin filem tanah air. : KitaReporters
@finasmalaysia : Program : Majlis Sidang Media bersama Pengerusi FINAS; Tarikh: 27 Mei 2020 (Rabu); Tempat: Pawagam Mini P Ramlee, Kompleks Studio Merdeka Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan; Masa: 11:30 pagi
Orang baharu, semangat pun baharu!!
Sejurus mempunyai Pengerusi baharu, FINAS memulakan langkah pertama dengan memasang impian untuk melihat filem tempatan diangkat ke peringkat antarabangsa termasuklah dicalonkan ke Anugerah Akademi atau Anugerah Oscar.
Namun, impian itu menarik perhatiaan beberapa orang anak seni seperti pelakon Tony Eusof dan Sharifah Amani.
Tony yang agak tidak berpuas hati dengan impian itu, meluahkan perasaan tersebut dalam Twitternya.
Tegasnya, masih banyak yang perlu diambil perhatian berbanding sibuk memikirkan mahu menang pada anugerah antarabangsa.
“Janganlah asyik cakap nak menang Oscar je. Kita nikat kampung pun tak tentu jaguh lagi.
"Banyak lagi masalah filem/tv yang perlu ditangani. Rujuk kontrak-kontrak yang berat sebelah dulu. Pastikan pelakon tak perlu bawa baju sendiri untuk shooting. Rambut palsu pun masih jelas nampak palsu,” tulisnya.
Menurut Tony, FINAS sepatutnya menyelesaikan masalah dalam terlebih dahulu.
Dia juga turut mempersoalkan apakah langkah-langkah yang diambil oleh FINAS untuk memastikan impian itu menjadi kenyataan.
“Satu lagi, macam mana nak menang Oscar? Apakah langkah-langkah yang dicadangkan kalau ada pun?
"Dari segi bajet kita dah jauh ketinggalan kalau nak bandingkan dengan pemenang-pemenang Oscar sebelum ni.
"Nak menang macam mana tu? Pakai bomoh? Harga Oscar tu mahal ya.
“Ni belum lagi sentuh isu kebajikan, royalti, kebebasan kreatif dan sebagainya.
"Jadi tolonglah jangan memperlekehkan cabaran pekerja-pekerja filem tanah air dengan niat nak menang anugerah antarabangsa, sebelum buat apa-apa research dan pembetulan yang perlu dalam industry,” luahnya.
Sementara itu, Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya turut melauhkan pendapat berkenaan isu tersebut.
Tegasnya, industri perfileman mempunyai ramai pekerja yang berbakat dan berilmu namun tidak dipandang dek kerana politik dalaman.
Tambahnya, sebelum memasang impian untuk ke Oscar, lebih baik fikirkan nasib anak-anak seni yang kini sedang bergelut mencari sesuap nasi.
“Kita mempunyai ramai orang berbakat dan berpendidikan yang dapat mewujudkan impian ini. Tetapi ramai yang diketepikan oleh politik keji dalam industri ini.
"Sebelum bermimpi tentang Oscar, cari jalan bagaimana untuk membantu anak-anak seni mencari rezeki yang kini dalam keadaan yang getir,” tulisnya.
Ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh dua pelakon hebat ini.
Walaupun ramai di kalangan anak seni mengambil keputusan berdiam diri dan hanya melihat, kelantangan kedua-dua pelakon ini boleh dijadikan contoh.
Siapa lagi yang layak berjuang mempertahankan hak dan menyuarakan pendapat kalau bukan anak seni sendiri.
Semoga kepimpinan baharu FINAS ini bukan sahaja berjaya membawa filem Malaysia ke negara luar, tetapi yang lebih penting menjaga kepentingan dan kebajikan anak-anak seni. - KitaReporters