Elak Covid-19: Anzalna cuti berlakon takut anak dijangkiti!
Published by
KitaReporters
--title--
TIDAK semua pengiat seni dalam bidang lakonan ghairah untuk kembali bergiat setelah kerajaan memberi kelonggaran kepada kegiatan bidang filem, drama dan filem iklan untuk mula beroperasi semula mulai 10 Jun 2020. Ini kerana terdapat sejumlah pengiat seni tetap takut wabak Covid-19 boleh menular kepada diri mereka dan keluarga. : KitaReporters
Salah seorang insan seni yang mengambil sikap untuk menyepi sementara dari bidang lakonan ialah Anzalna (Nur Anzalna Md Nasir), 32.
Anzalna berkahwin dengan Mohamad Hanif Zaki seorang usahawan pada 21 Februari 2016 dan mendapat anak lelaki pada 31 Mei 2019.Mempunyai anak lelaki adalah impiannya kerana kesemua mereka tiga beradik adalah perempuan.
Momen bahagia Anzalna bersama suami dan anak. - Kredit foto: IG Anzalna Nasir
Salah seorang insan seni yang mengambil sikap untuk menyepi sementara dari bidang lakonan ialah Anzalna (Nur Anzalna Md Nasir), 32.
Menurut Anzalna, dia bimbang jika menghadiri sesi penggambaran mungkin boleh dijangkiti virus Covid-19 dan dapat menjejaskan kesihatan anaknya, Mohammad Eidree yang baru berusia setahun pada 31 Mei 2020.
Anzalna masih sangsi adakah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan benar-benar dapat mengelakkan kru dan pelakon bebas daripada jangkitan Covid-19.
Kini dia lebih selesa berehat berlakon dan memberi perhatian menjaga anaknya yang semakin membesar dan banyak karenah.
Anzalna lebih selesa menjaga anaknya yang semakin banyak karenah.
Anzalna berkahwin dengan Mohamad Hanif Zaki seorang usahawan pada 21 Februari 2016 dan mendapat anak lelaki pada 31 Mei 2019.
Anzalna terbabit dalam bidang lakonan pada 2011 setelah menjadi salah seorang finalis ratu Dewi Remaja 2009/2010, yang turut disertai oleh Neelofa, Izara Aishah, Ramona Zamzam, Syatilla Melvin dan Azar Azmi. Kesemua mereka ditawar menjadi pelakon selepas pertandingan Dewi Remaja itu berakhir.
Gambar Anzalna sekeluarga ketika sambutan Aidilfitri tahun 2020.
0
0
0
0
0