Seronoknya! Ziarah raya guna bas! Cara unik Keluarga Mohd Roslan berkunjung sempena Aidilfitri!
Published byBas milik Mohd Roslan
SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 ini mencatat sejarah dan menjadi kenangan yang paling bermakna kepada seorang pesara kerajaan apabila dapat beraya bersama ahli keluarga dengan menggunakan bas sendiri untuk bergerak dan berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara.
Mohd Roslan Ali, 57,dari Kampung Seberang Limbongan, Besut, Terengganu, berkata, beliau memilih untuk membawa ahli keluarga dengan menggunakan sendiri untuk bergerak ke mana-mana destinasi bagi memudahkan perjalanan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penggunaan bas
Mohd Roslan Ali
Katanya, walaupun sebahagian besar anak-anak dan menantu masing-masing sudah mempunyai kenderaaan sendiri tetapi beliau tetap memilih untuk menggunakan bas bagi memudahkan pergerakan ke mana-mana destinasi sempena sambutan Hari raya Aidilfitri.
Menurutnya,
sempena hari pertama Aidilfitri yang diasmbut umat Islam seluruh negara pada 2 Mei 2022 lalu, beliau bersama 33 ahli
keluarga menaiki sebuah bas miliknya untuk beraya di rumah sanak saudara
sekitar daerah Besut dan Setiu.
Mohd Roslan yang membawa sendiri bas tersebut menghabiskan masa seharian bergerak dengan bas untuk berhari raya sekitar daerah tersebut.
Katanya, dalam tempoh tersebut beliau sempat berhari raya di rumah keluarga di Kampung Rahmat, Setiu dan dalam perjalanan dia sempat singgah di beberapa kampung lain untuk menyambut Aidilfitri.
Mohd Roslan berbaju Melayu hijau bergambar kenangan di hadapan bas sebelum memulakan destinasi untuk menyambut Aidilfitri.
Mohd Roslan berkata, rombongan ziarah raya tersebut disertai 17 anak, tujuh menantu dan 10 cucu dengan jumlah keseluruhan 33 penumpang.
Menurutnya, bas tersebut dibeli pada 2017 selepas bersara daripada jawatan pemandu di Kolej Vokasional Besut.
“Saya membeli bas tersebut dengan harga RM80,000 hasil dari duit persaraan untuk kegunaan sebagai bas sewa khas,” katanya.
Beliau berkata, menggunakan sebuah bas khas bukan sahaja dapat menjimat kos petrol berbanding dengan menggunakan kereta secara konvoi selain ia menjadi satu keseronokan.
“Alhamdulillah walaupun pengumuman sambutan Aidilfitri tahun ini secara mengejut, tetapi ahli keluarganya dapat bergerak dengan mudah dan selamat,” katanya. - KitaReporters
Keluarga Mohd Roslan dan ahli-ahli keluarganya yang bergerak menggunakan sebuah bas menyambut Aidilfitri di rumah seorang jiran.