Kes mahkamah! Ditolak stesen TV! Amar Asyraf nak jadi positif
Published bySEMUA insan melakukan kesalahan. Tiada insan yang sempurna. Namun, itu tidak bermaksud kita jadikan ia alasan untuk terus berbuat salah dan tidak berubah. Dalam menilai seseorang, kita tidak melihat masa lalunya tetapi melihat siapa dia hari ini. Andai sedar telah melakukan kesalahan, cepat-cepatlah berubah sebelum terlambat. : KitaReporters
Amar mahu menjadi manusia yang lebih positif selepas ini.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kontroversi:
https://kitareporters.com/search?search=kontroversi
Allah SWT itu Maha Penyayang dan Pengampun. Sesiapa sahaja boleh berubah dan bertaubat. Baik orang biasa atau orang ternama dan dikenali. Malah, artis juga tidak terkecuali.
Menyebut tentang dunia artis, ia tidaklah sentiasa indah seperti yang disangka ramai. Golongan artis juga ada masalah dan bergelut dengan masalah yang dihadapi. Lebih perit, ia mudah diketahui ramai kerana mereka ada figura umum.
Antara artis yang terpalit dengan masalah dan pelbagai kontroversi ialah pelakon kacak, Amar Asyraf. Terbaharu, bapa kepada dua orang anak ini meluahkan perasaannya dalam media sosial mengenai apa yang terjadi dalam hidupnya sepanjang tahun 2020.
Buah hati Amar, Taufiq dan Dian.
Menurut Amar, baginya tahun 2020 adalah tahun yang
paling mencabar dalam hidupnya.
“2020 adalah tahun yang paling mencabar. Saya rasa
kehilangan, marah, geram dan rasa seperti berjuang sendirian. Geram dengan
kegagalan sendiri tapi tak buat apa-apa dan tak mampu buat apa-apa untuk ubah
hidup sendiri.
“Bukan salah siapa siapa tapi salah diri sendiri. Duit tak cukup, kes mahkamah syariah, nama kena tolak dengan stesen, impulse buying sebab tekanan dan macam-macam lagi. Semuanya salah diri sendiri. Bukan salah sesiapa. Bukan salah Arna (isteri) atau sesiapa pun. Salah saya. Saya yang menyusahkan orang.
“Saya sakiti keluarga, kawan, mama dan abah, Arna,
Taifiq dan Dian. Setiap orang yang berada di sekeliling saya. Saya telah
menyakiti mereka dengan tingkah laku saya yang tidak baik.
“Saya gagal menjadi lelaki yang baik bertahun lamanya. Saya tertekan hingga makan banyak dan tidak menjaga kesihatan. Saya merokok begitu banyak. Saya biarkan ego saya menang.
Amar bersama isteri yang setia di sampingnya, Arna Salleh.
“Malah saya tanya kepada Allah SWT, kenapa saya? Mengapa
ini berlaku kepada saya? Namun saya tidak melakukan apa-apa. Saya membiarkan
diri saya tenggelam dalam aura negatif dan terus mengecewakan orang yang saya
sayangi.
“Saya rasa sangat teruk dengan dunia. Saya rasa
semuanya tidak adil. Padahal yang berlaku tidak adil itu adalah diri saya
sendiri. Saya yang merosakkan diri sendiri.
“Saya membiarkan diri saya dikelilingi oleh perkara
negatif. Saya ada beberapa peluang untuk berjaya dalam hidup dengan sifar
peratus orang yang boleh merosakkannya tetapi saya berjaya merosakkannya
sendiri.
“Saya tidak kenal diri saya. Saya tidak kenal siapa
diri saya lagi. Saya benar-benar merasa kehilangan. Namun, saya tidak berusaha
untuk meminta pertolongan. Maaf kerana telah mengecewakan banyak orang. Saya
sangat menyesal.
“Saya minta maaf. Ini taman yang tak berbela lalu tumbuh meliar penuh yang kasar lagi kotor. Saya mahu ubah hidup saya. Saya mahu jadi positif. Sudah tiba masanya untuk mencari diri saya dan mengenal diri sendiri. Hanya saya yang mampu ubah hidup saya. Bukan orang lain. Saya nak anak-anak ada masa depan yang lebih baik daripada saya. Untuk Taufiq dan Dian,” luah Amar.
Sementara itu, rakan-rakan seperjuangan turut
memberi sokongan kepada Amar seperti Puteri Sarah Liyana, Iswan Ismail, Zoey
Rahman, Ungku Hariz dan Mimi Ernida.
“Teruskan bertahan! Perkara yang lebih baik akan datang kepada awak, insya-Allah. Ingat, perkara baik datang kepada mereka yang menunggu! Janji jangan lupa Allah,” ucap Puteri Sarah.
Sebelum ini Amar terpalit dengan kontroversi
antaranya ialah hal rumah tangga dan perkahwinannya. Pada awal tahun 2020 Amar
telah menceraikan isteri keduanya iaitu Vivy Jeffry.
Malah, sebelum kes perceraian tersebut, Amar
terlibat dengan satu kontroversi yang agak menggemparkan apabila percubaannya
untuk memiliki tiga isteri tidak kesampaian apabila kekasihnya ketika itu,
Ellika Azman mendapat tahu rahsia tersebut.
Kini Amar hanya mempunyai seorang isteri iaitu Arna
Salleh dan dua orang anak hasil perkahwinan mereka pada tahun 2013. Semoga niat
baik Amar itu dipermudahkan oleh Allah SWT. - KitaReporters