Berita Terkini| Kondo terbakar! Kanak-kanak maut sesak nafas! Ditinggalkan berdua dengan adik!
Published byKEADAAN kebakaran di sebuah rumah di tingkat 19, Kondominium The Rise Collection 2, Georgetown, Pulau Pinang yang menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan maut akibat sesak nafas. - Kredit foto: Utusan Malaysia
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut dipercayai sesak nafas dalam kejadian kebakaran di rumahnya di tingkat 19, Kondominium The Rise Collection 2, Taman Harapan, Georgetown di Pulau Pinang pada Sabtu, 5 Jun 2021.
Mangsa merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu
dilaporkan meninggal dunia selepas sejam menerima rawatan di Hospital Pulau
Pinang (HPP).
Dalam kejadian itu, mangsa yang dikatakan sedang tidur
ditinggalkan bersama seorang lagi adik lelakinya berusia empat tahun di
kediaman berkenaan selepas keluar membeli keperluan rumah.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak,
A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu
pukul 9.05 pagi tadi dan tiba kurang 10 minit kemudian.
“Sebaik sahaja
tiba di tempat kejadian mendapati api semakin marak berserta kepulan asap tebal
dalam segenap ruang kediaman berkenaan dan mangsa ketika itu dibawa ibu bapa turun
di tingkat bawah.
“Mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri telah menerima bantuan pernafasan oleh pasukan bomba sebelum dibawa ke HPP menggunakan ambulans.
“Bagaimanapun, kita dimaklumkan mangsa disahkan
meninggal dunia akibat sesak nafas selepas sejam menerima rawatan,” katanya seperti
dipetik oleh Utusan Malaysia pada Sabtu, 5 Jun 2021.
Pihak bomba masih menyiasat punca sebenar kebakaran
dan siasatan awal mendapati punca api dikatakan dari salah sebuah
bilik tidur kediaman berkenaan. -
KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
MANGSA yang berusia enam tahun dikejarkan ke hospital dan diberi pernafasan oleh pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia.