Tetapi perlu diingatkan bahawa PKGK masih perlu mengehadkan bilangan pengunjung antara 100 hingga 150 orang sehari kerana wabak COVID-19 masih belum berakhir.
Penjarakan sosial masih perlu diamalkan ye. Juga mengambil bahan suhu badan sebelum dibenarkan memasuki kawasan gajah.
Jangan langgar SOP. Nanti kene tutup pulak!
Agenda utama setiap pengunjung di PKGK adalah untuk melihat persembahan gajah, mandi dengan anak gajah selain turut berpeluang memberi makan kepada haiwan berkenaan.
Riuh rendah kedengaran suara pengunjung terutama kanak-kanak yang sememangnya begitu teruja dapat melihat gajah berada depan mata.
Tak takut ke dek. Gajah tu besar sangat tau!
Kredit foto: Mohd Rafi Mamat
Ketika PKP dilaksanakan, gajah hanya dibawa berjalan-jalan selain dimandikan bagi memastikan mereka sentiasa dalam keadaan sihat dan cergas.
Walaupun pusat itu ditutup kepada pengunjung ketika itu, 20 kakitangannya tetap bertugas secara bergilir dalam memastikan keselamatan dan kesihatan haiwan berkenaan.
Sudah menjadi sifat semula jadi gajah bahawa ia perlu berjalan di kawasan terbuka dan di kawasan hutan setiap hari.
“Sekiranya tidak berbuat demikian atau melakukan sebarang aktiviti, tahap kesihatan gajah akan terjejas,” kata Ketua PKGK, Muhammad Khairul Adha Mat Amin.
Kredit foto: Bernama
Katanya, di sebelah siang, gajah perlu melakukan gerakan selain makan dan sekiranya cuaca panas, ia perlu mandi di sungai selama 10 hingga 15 minit.
Setiap aktiviti gajah akan dikawal selia dua gembala gajah.
"Gajah diberi makan buah-buahan dan beberapa jenis makanan mengikut sukatan ditetapkan. Bagi yang tidak sihat, rawatan diberikan oleh pegawai perubatan," katanya.
PKGK yang dibangunkan pada 1989 terkenal sebagai Pusat Operasi Tetap Unit Tangkapan Gajah (UTG) dan berfungsi sebagai kawasan untuk melindungi gajah dan habitatnya, yang mana terdapat 31 ekor gajah membabitkan 20 ekor gajah dewasa dan 11 ekor anak gajah.
PKGK Kuala Gandah berjaya merekodkan kira-kira dua juta pelancong dari 2008 sehingga Mac 2020 dan amat popular dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara.
Kerajaan akan berusaha membantu PKGK Kuala Gandah dalam memastikan ia dapat terus kekal menjadi destinasi pelancongan yang terkenal di negara ini.
Lokasi berkenaan yang kini menempatkan 31 gajah sudah terkenal di peringkat antarabangsa. - KitaReporters