Video! Wanita hidup 30 tahun di dalam tong buruk! Yang dijadikan rumah! Kini dapat rumah baharu!
Published bySeorang wanita Siberia, Svetlana Chernova (gambar atas) tinggal di dalam sebuah rumah usang dalam bentuk tong tanpa elektrik, alat pemanas dan air selama 35 tahun.
Ia dilakukan sejak hilang pekerjaan di sebuah kilang tentera Soviet. Chernova tinggal di dalam rumah tong lama itu selama lebih dari tiga dekad di kota Omsk, Siberia.
Kisahnya menjadi tular baru-baru ini apabila dihebahkan oleh beberapa media massa di Russia, kata Russia Today (RT).
Keadaan tong usang (kanan) yang didiami Chernova selama 30 tahun. - Kredit foto: Russian Today
Bekalan elekriknya diputus dua tahun lalu dan tidak ada air atau gas yang mengalir. Chernova terpaksa berjalan ratusan meter untuk mengambil air dari pam dan menghangatkan rumahnya dengan tungku kayu bakar.
Tanpa saudara-mara dan hanya menerima wang sagu hati sebanyak sebanyak USD$200 (kira-kira RM800), dia mengaku tidak dapat menyewa apartmen setelah pekerjaannya sebagai pemandu kren dihentikan ketika kilang tempat dia bekerja ditutup.
Setelah pegawai Rusia diberi tahu tentang situasi kehidupan Chernova, mereka meminta dokumen tertentu bagi membukti dia pernah bekerja dengan agensi kerajaan.
Akhirnya dia dibenarkan tinggal sementara di dalam rumah berbentuk tong itu sehingga mereka dapat memberinya rumah yang selayaknya.
Namun, borang yang dikemukakan ketika itu hilang dan bantuan terhadapnya terbantut, katanya kepada Russia Today pada Sabtu , 23 Oktober 2021.
Selepas kilang itu ditutup dalam tahun 1991 ekoran pepecahan Soviet Union, bekas pekerja yang diberi tempat tinggal sementara berupa tong itu terus menunggu rumah kekal yang dijanjikan kepadanya.
Namun rumah kekal itu gagal diperoleh oleh wanita ini menyebabkan Chernova antara bekas pekerja yang terus tinggal di dalam tong buruk berkenaan.
Pada musim dingin, mereka yang tinggal di dalam tong ini tidur dengan pakaian mereka untuk memanaskan badan. Pada musim panas, keadaan dan tong itu panas dan tidak selesa untuk berehat.
Chernova diberi kunci kepada rumah baharunya. - Kredit foto: Instagram
Chernova sebelumnya menolak tawaran untuk tinggal di rumah kebajikan untuk orang-orang tua.
Laporan media mengenai keadaan kehidupan Chernova menimbulkan kemarahan dalam kalangan aktivis komuniti.
Mereka membawakan makanan, dan para blogger mengumpulkan duit lebih USD$28,420 (kira-kira RM113,700) untuk membelikannya sebuah rumah baharu, lapor RIA Novosti. - KitaReporters