Gara-gara suka bermain TikTok! Suami bunuh isteri kerana cemburu! Isteri mati di pangkuan anak!
Published byMAYAT Djasmin dibawa dengan van jenazah. - Kredit foto: TribunJatim.com
GARA-GARA cemburu isterinya suka bermain aplikasi TikTok, seorang wanita, Djasmin, 46, warga dari Jalan Wisma Tirto Agung Asri Kecamatan Gunung Anyar Tambak, Kota Surabaya, Jawa Timur meninggal dunia di pangkuan anak lelakinya selepas mendapat cedera parah di kepalanya dipercayai dipukul oleh suaminya dengan menggunakan sebatang besi pada pukul 12 tengah hari Jumaat 15 Oktober 2021.
Mangsa dipercayai dipukul beberapa kali oleh suaminya sendiri yang bernama IA, 48, kerana terdapat kesan luka di beberapa bahagian kepalanya dan selepas kejadian itu suaminya terus melarikan diri dari tempat kejadian.
Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan pembunuhan
MAYAT Djasmin dibawa ke Hospital Dr. Soetomo untuk dibedah siasat. - Kredit foto: TribunJatim.com
Bagaimanapun, menurut sumber TribunWow.com dilaporkan bahawa pelaku terbabit telah menyerahkan dirinya di Balai Polis Bagor, Jawa Timur pada Sabtu, 16 Oktober 2021.
Anak mangsa, Septia Pratama menceritakan sebelum itu, pada kira-kira pukul 10.45 pagi ibunya (Djasmin) telah menghubunginya ketika itu Septia sedang berada di tempat kerja dan ibunya mengatakan bahawa dirinya telah bergaduh dengan suaminya akibatnya kepala mangsa telah dipukul oleh IA.
Dipetik laporan Suarajatim.id pada 15 Oktober 2021 berkata selepas mendapat khabar berita buruk itu, Septia terus pergi ke rumah ibunya di lokasi tersebut.
Sebaik sampai di rumah ibunya, Septia mendapati pintu rumah ibunya berkunci dari luar dan dia masuk ke dalam rumah ibunya melalui pintu belakang.
ANAK mangsa pembunuhan, Septia Pratama
Apabila Septia
mendekati ibunya dia melihat ibunya dalam keadaan lemah dan tidak bermaya
selain darah banyak mengalir keluar dari
kepalanya.
“Ketika itu, ibu saya masih bernyawa lagi lalu saya mengangkat ibu ke pangkuan saya dan beberapa minit kemudian dia meninggal dunia dalam pelukan saya dengan hati yang sedih akibat kejadian itu dilakukan oleh suami ibu sendiri.
“Bapak itu seorang pendiam dan dia adalah ayah tiri saya selepas berkahwin dengan ibu saya sejak 10 tahun lalu dan sebelum kejadian ayah tiri saya selalu mengingatkan ibu supaya tidak membuat video TikTok akibat terlalu cemburu,’’ kata Septia seperti dilaporkan oleh Suarajatim.id.
Menurut jiran, pembunuhan yang dilakukan oleh bapa tirinya itu berpunca daripada perasaan cemburu kerana pelaku sebelum itu selalu meminta isterinya supaya mendengar cakapnya serta tidak bermain TikTok.
RUMAH mangsa dan tempat kejadian. - Kredit foto: TribunJatim.com
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Surabaya, Kompol Mirzal Maulana berkata, kes tersebut dilakukan oleh suaminya sendiri kerana cemburu isterinya sering bermain TikTok.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui Septia dalam keadaan berlumuran darah pada kepala mangsa.
“Informasi yang kami dapat, penganiayaan itu kerana mangsa suka membuat info-info dalam media sosial sehingga memancing komen netizen. Komen ini yang berupa huraian serta kritikan menyebabkan suaminya cemburu,’’ katanya. - KitaReporters
KOMPOL Mirzal Maulana (baju batik) yang hadir ke lokasi kejadian. - Kredit foto: TribunJatim.com