Penyanyi Aina Abdul, 27, membuktikan kebolehan luar biasa sebagai penyanyi apabila melakukan improvisasi terhadap lagu ‘Tangisan Hati Yang Derita’ nyanyian asal Datuk Khadijah Ibrahim (Khaty), 61, hingga mendapat pujian daripada karyawan seni legenda itu. : KitaReporters

Aina Abdul bersama Khadijah Ibrahim selepas program Immortal Songs episod 5


Khaty berharap dapat menyanyikan lagu itu bersama Aina Abdul dengan masing-masing dengan cara tersendiri dalam sesuatu persembahan.


Aina terlihat hadir dalam program ini cukup bersedia dan untuk menang. Dia muncul dengan pakaian glamor tersendiri dan menyampai lagu ‘Tangisan Hati Yang Menderita’ dengan gaya tersendiri dengan suara lantangnya.

Ia membolehkan dia yang menjadi  peserta pertama memperoleh 741 markah daripada markah penuh 800.

Senarai kedudukan markah dalam Immortal Songs episod 4

Sebagai pemenang kategori ‘Susunan Muzik Terbaik’, Aina menerima hadiah wang tunai RM10,000.

Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani mempunyai diploma dalam muzik dan juga merupakan komposer dan penulis lirik.

Sudah menghasilkan empat ‘single’ dan pernah membuat sensasi ketika muncul dalam pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke- 24, TV3 melalui lagu ‘Sumpah’.

Pernah memenangi beberapa pertandingan bermula ketika kanak-kanak, namun Aina lebih diingati ketika menjadi naib juara Mentor Legend 1984 dengan Ella sebagai mentornya.

Pada tahun yang sama Aina menjuarai kategori vokal senior dalam World Championships of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Aina juga merupakan guru vokal yang turut melatih beberapa artis rakaman seperti Hafiz Suib, Tracy  dan Adira.

Dalam Immortal Songs episod 4, Aina menewaskan lima penyanyi iaitu Muna Shahirah (728 markah), Ariff Bahran (698), kumpulan De Fam (672), Danesh Suffian (618) dan Irfan Haris (608).

Khadijah Ibrahim bersama keenam-enam peserta Immortal Songs episod 5.


Sementara itu, Khaty selaku Karyawan Seni Legenda berpuas hati dengan kreativiti kesemua peserta yang mengubah suai lagu-lagu nyanyian asalnya. 

Dengan markah 741, Aina Abdul kini menduduki tempat kedua selepas Naem Daniel (760), diikuti Stacy (722). Azmi Saat (735), dan Hael Husaini (686).

Kini tinggal dua lagi Karyawan Seni Lagenda yang belum dimunculkan untuk dua episod terakhir. Mereka ialah Fauziah Latiff dan Datuk Jefrydin.

Lima karyawan seni legenda yang sudah dimunculkan ialah Ning Baizura, Ella, Fauzi Marzuki, Datuk M Nasir dan Datuk Khadijah Ibrahim.

'Immortal Songs’ berdasarkan program terbitan sebuah stesen TV di Korea Selatan, KBS,  yang mengguna jodol yang sama. Ia ditaja oleh syarikat tenusu Farm Fresh.

1
0
0
0
0

Copy Link: