Keropok selamat daripada banjir sebab Tupperware! Keropok boleh buang, Tupperware saya hendak!
Published byIBU-IBU pantang jika kita hilangkan bekas Tupperware yang diberikan untuk dibawa bekal ke sekolah. Bahaya sangat untuk kita atau boleh dalam situasi yang sangat bahaya jika kehilangan berlaku.
Bukan hanya anak-anak yang takut, tetapi suami-suami dan juga ayah juga tahu perkara yang sama akan berlaku kepada mereka. Sanggup pusing balik ke pejabat jika tertinggal bekas Tupperware.
Tular baru-baru ini dalam Twitter foto bekas Tupperware yang ditemui di kawasan banjir kelihatan sangat elok dan isi di dalamnya masih elok walaupun telah dibawa air banjir.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Tupperware
Keropok selamat dari banjir!
Apa yang lebih mengejutkan bekas Tupperware ini kelihatan elok walaupun sedikit kotor di bahagian luar badan. Keropok yang terdapat di dalam banjir masih lagi elok dan tidak lemau.
Ramai mangsa banjir kongsi gambar bekas Tupperware mereka yang masih elok walaupun telah hanyut dibawa banjir.
Seorang warga maya yang menjadi sukarewan membantu membersihkan rumah berkongsi kisah mereka. Rata-rata mak cik memberitahu mereka:
Majoriti mak cik atau kakak tu akan cakap, hmmm tulah semua tu tak boleh pakai dah ni, tapi tolong asingkan Tupperware tau. Tu saya nak. Power betul pengaruh Tupperware, barang lain dorang tak heran.
Warga maya sangat kagum dengan bekas Tupperware ini. Rata-rata berpendapat bekasnya sangat kukuh.
Sebab itulah para ibu suka simpan bekas Tupperware, baru kita tahu kan.
Tapi kalau korang buat hilang, pandai-pandailah menjawab. Tak gitu? - KitaReporters