Penyokong bola sepak negara mahu pemain Harimau Malaya mengubati kesedihan jurulatih, Tan Cheng Hoe ekoran kematian bapanya, Tan Chooi Siak, petang tadi, Jumaat, 11 Jun, 2021 dengan menghadiahkan kemenangan apabila bertemu Vietnam pada kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, malam ini (12:45 pagi, 12 Jun 2021, waktu Malaysia).

Rata-rata penyokong yang membanjiri ruang komen Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah serta memberi kata-kata semangat kepada Cheng Hoe serta pada masa sama mahu pemain membalas pengorbanan jurulatih itu dengan semangat juang tinggi pada perlawanan malam ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Harimau Malaya



Nadarajan Veloo menulis: “Ubat kesedihan adalah kemenangan kita malam ini. Harap TCH tabah menghadapinya. My sincere condolences to you  and your family coach! (Takziah kepada anda dan keluarga anda)”.

Seorang lagi penyokong, Aisyah Che Ecah pula mencoretkan: “Harap coach TCH kuat… semoga game mlm nie pemain dpt memberikan kemenangan… kehilangan keluarga amat sakit, lagi2 ayah sendiri…salam takziah.”

Hazwan As’ari pula berharap Cheng Hoe dapat menangis kegembiraan selepas perlawanan malam ini. “Ayuh Harimau Malaya, jadi la pengubat luka TCH mlm ini,” tulisnya.

“Takziah coach. Jauh di samping keluarga & sedang berjuang utk negara dpt khabar berita menyedihkan. Semoga tabah & harap player bermati2an hadiahkan kemenangan  kpd negara dan sedikit kegembiraan kpd coach Tan,” tulis Ahmad Firdaus Jr.

Sambil mengucapkan takziah kepada Cheng Hoe, Kong Sheang Ci menulis: “The loss of dear one during national duty is not an easy one. Hope you stay strong. Come on, guys! Play your best and we’ll back you as always. Go, go, go! (Kehilangan orang tersayang semasa tugasan negara bukanlah sesuatu yang mudah. Harap anda tabah. Ayuh anda semua! Bermain dengan tahap terbaik dan kami akan menyokong anda sebagaimana biasa. Mara, mara, mara!)”

Muhammad AZ Abdullah pula mahu kemenangan malam ini sebagai hadiah perpisahan teristimewa Cheng Hoe kepada ayahnya.


Di sebalik kesedihan dengan kematian bapanya, Cheng Hoe tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai jurulatih demi memastikan Harimau Malaya membawa pulang kejayaan dari kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023. - Kredit foto: Facebook FAM.


Addin Lutfi turut senada apabila meminta pemain membalas pengorbanan jurulatih itu dengan kemenagan. “Beliau sanggup berkorban jiwa raga demi bola sepak tanah air, jgn hampakan Malaysia malam ini.”

Chooi Siak, 95, meninggal dunia di kediamannya di Taman Pelangi, Alor Setar kira-kira pukul 2: 00 petang 11 Jun, 2021 kerana sakit tua.

Berita kematian itu diumumkan oleh FAM melalui laman Facebook rasminya, petang tadi (11 Jun 2021). 

Selain mengucapkan takziah kepada  Cheng Hoe, badan bola sepak negara itu turut menitipkan pesanan kepada pemain Harimau Malaya. “Semoga pemain dapat balas kepercayaan dengan kemenangan malam ini,” ujar kenyataan itu. - KitaReporters


Kredit foto: FAM Malaysia

1
0
3
0
0

Copy Link: