PADA bulan Ramadan selalunya ia menjadi satu tradisi bagi semua rumah untuk memasang lampu 'lip lap' atau kelip-kelip dan pelita bagi memeriahkan lagi sambutannya bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam masa terdekat. Namun, menghias rumah adalah satu perkara wajib bagi merasai sendiri persiapan raya yang bakal tiba nanti.

Begitu juga dengan seorang pemilik rumah yang kini tular dalam Tiktok. Rumah seorang wanita ini telah mendapat perhatian ramai gara-gara mak dan ayahnya memasang lampu lip-lap yang gah seperti di i-City, Shah Alam, Selangor.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan




Terdapat pelbagai dekorasi lampu lip lap dalam bentuk Menara Kuala Lumpur, Menara KLCC, kereta, basikal, wau, kapal terbang dan macam-macam lagi. Malah, sekali pandang ia kelihatan seperti di i-City Shah Alam.

Menurutya, semua lampu itu dipasang oleh ibu dan ayahnya. Mungkin mereka menghias rumah dengan lampu tersebut sebagai persiapan malam raya nanti.

Disebabkan video ini, rata-rata netizen berasa sangat terpegun dengan melihat rumahnya dan merasakan semangat menyambut raya. 

Kreatif sungguh, confirm raya nanty jadi port OOTD raya. - KitaReporters


10
18
0
16
0

Copy Link: