Video| Stacy dedahkan kisah sebenar dirinya demi Duit! Segala-galanya duit! Stacy mata duitan?

Published by
KitaReporters


SIAPA tidak kenal penyanyi kelahiran Sabah, yang sudah 14 tahun bergelar penyanyi yang juga merupakan Juara Akademi Fantasia musim ke-6, Stacy,  atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam.

Lama mendiam diri tanpa lagu baharu, kini penyanyi cantik berusia 31 tahun itu mahu mendedahkan kisah sebenar dirinya tetapi melalui lagu berjudul ‘Duit’. Kenapa ‘Duit’? Adakah Stacy mata duitan?


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Stacy Anam



Barangkali itu yang dibayangkan apabila melihat pada tajuk lagu dipilih oleh isteri Akim Ahmad yang juga merupakan pemenang ketiga Akademi Fantasia tetapi pada musim ke-7.

“Walaupun sudah hampir 14 tahun bergelar penyanyi, saya berasakan lagu ini adalah pengenalan untuk saya memperkenalkan kehidupan dan siapa saya pada orang ramai. 

"Sebab dengan keadaan sekarang saya sudah boleh buat lagu dan tulis lirik sendiri. 



“Jadi, ia lebih membuka peluang dan ruang pada saya untuk bercerita siapa saya sebenarnya. Saya ini macam mana. 

"Jadi lagu Duit ini memang mengenai saya. Dari segi gaya, ‘vibes’ karakter macam lagu dulu, tapi lirik mengenai saya,” Stacy memulakan bicara.

Tambahnya, buat pertama kali menerusi buah tangan terbaharunya itu, beliau membongkar siapa sebenarnya dirinya kepada khalayak sekali gus ingin membuktikan kemampuan yang ada pada dirinya.

“Dalam lirik ini menceritakan antara pesanan yang selalu saya dengar semasa kecil lagi. Bekalan ilmu dan semangat dalam menempuh kehidupan lebih pada ajaran daripada orang tua. 

"Dalam masa sama, duit ini boleh tukar mata seseorang dari tak suka kepada suka. Daripada duit juga terhasilnya cerita, asal saja kita tahu sendiri apa di sebalik cara mendapatkan duit,” ulas Stacy.


Pasangan bahagia, Akim dan Stacy. Kredit foto @kimcylovers.


Masih setia menggunakan khidmat suami tercinta, Akim atau Hang Nadim lagu Duit juga menampilkan Bunga Cantik iaitu Stacy sendiri sebagai penulis lirik dan Koh selaku komposer.

“Lirik lagu ini ditulis terus daripada saya. Siapa kenal dan mengikuti latar belakang hidup dan perwatakan saya, ia memang berkaitan dengan lirik lagu ini. 

"Lagu ini terinspirasi daripada itu sekali gus tercetusnya idea saya menulis lirik lagu ini yang mana lebih bercerita mengenai kehidupan saya," ulangi penyanyi berasal Sabah ini tanpa berselindung.

Stacy berkata, dengan adanya pembabitan Akim dalam lagu itu sedikit sebanyak mewarnai lagi penghasilannya.

“Kalau dulu lagu 'Aku Stacy' lebih pada karakter yang saya dapat sampaikan, tapi dari segi diri sendiri ia berbeza. Sebab lagu itu orang lain tulis lirik. Tapi lagu Duit ini memang lahir dari hati saya. 

"Lebih menjiwai dan sampai sebab bercerita mengenai pengalaman dan diri sendiri,” tambahnya.



Jelasnya lagi, “Duit’ bergenre rock n roll pop dan dalam masa sama tarian ada tapi tidak berat. 

“Saya panggil ‘rock dance’. Lagu ini rancak, bukan lagu balada kerana dengan pembabitan Akim dalam lagu ini, itu yang  muziknya  lebih rock n roll. Kiranya gabungan muzik kami,“ jelas Stacy sambil memberitahu gabungan sentuhan Koh memberikan eleman yang segar

Dalam pada itu, semangat untuk melancarkan lagu ‘Duit” yang sebenarnya telah dicipta sejak September 2021 lalu semakin berkobar-kobar apatah lagi kejayaan lagu ciptaannya bersama Akim iaitu ‘Cinta’ nyanyian Marsha layak ke Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).

“Apabila lagu 'Cinta' ke AJL, ia memberi lebih semangat sebab tiada siapa boleh ramal lagu mana yang bagus. Walaupun rasa bagus dan okay, tapi susah nak jangka rezeki. Saya percaya macam lagu ‘Cinta’ masing-masing main peranan. 

"Bukan daripada kami saja malah daripada nyanyian ‘live’ Marsha juga memberi,” akhirinya yang tidak sabar mendengar maklum balas peminat terhadap ‘Duit’. - KitaReporters


Stacy bersama gitarisnya, Freddy ketika di set penggambaran muzik video 'Duit'.

14
11
0
13
0

Copy Link: