Digelar sundal! Jual diri! Nabila Razali sedih, tetap cekal!
Published byCEKALNYA insan bernama Nabila Razali. Onak duri dalam perjalanannya bergelar penyanyi dan pelakon, bukan calang-calang. Dicemuh, dimaki kiri, kanan, depan dan belakang menjadi ‘makanan’ hariannya. Sunguhpun begitu, dia tetap terus melangkah setapak demi setapak dalam kerjaya sehingga membuatkan pihak yang tidak menyukai berbulu mata melihatnya. : KitaReporters
Terus tersenyum dan melangkah ke hadapan dalam kerjaya walaupun pelbagai kecaman diterima.
Lagi cerita-cerita berkaitan Nabila Razali:
https://kitareporters.com/search?search=nabila+razali
Semakin dia ke hadapan, semakin hebat kecaman yang diterima. Di sebalik kecekalan dan kekuatan figura umum ini, percayalah dia juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan.
Menangis dalam kesenduan itu sudah pasti. Namun, Nabila
bukan jenis yang mudah meraih simpati atau tenggelam dalam rajuk yang
berpanjangan. Habis lama pun, seminggu dua mendiamkan diri dalam media sosial
bagi mengubati hati yang luka.
Tetapi, yang tidak fahamnya kenapa ada pihak begitu tidak menyukai dan berterusan menghina, memfitnah serta melakukan ‘body shaming’ (mengejek bentuk tubuh) terhadapnya.
Pelbagai kecaman dan hinaan diterima namun tidak sesekali mematahkan semangat Nabila dalam dunia seni.
Bukan kali pertama tetapi sudah banyak kali ia
berlaku ke atas Nabila. Terbaharu, pelantun lagu Peluang Kedua itu mendedahkan
tangkap layar komen yang diterima daripada individu yang tidak menyukainya.
Hinaan yang dilemparkan kepadanya itu sangat keterlaluan sehingga mencemar maruah Nabila sebagai wanita Muslim.
Dalam komen dalam Insta Stories yang diterimanya itu,
individu terbabit melemparkan kata-kata kesat sambil mempersoalkan rezeki yang
diterima oleh Nabila. Malah, dia juga memfitnah Nabila menjual diri kepada
kakitangan sebuah stsesen televisyen terkenal untuk mendapatkan tawaran
berlakon.
Tangkap layar komen tersebut dikongsi Nabila dalam laman Instagramnya. Nabila meluahkan rasa sedih dengan apa yang berlaku.
“Subhanallah! Sesungguhnya saya tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain. Ini sangat menyedihkan,” luahnya.
Nabila difitnah menjual diri untuk mendapatkan tawaran berlakon.
Namun, Nabila bertindak menutup ruangan komen pada hantarannya itu. Tindakannya itu mungkin kerana tidak mahu ia terus berpanjangan.
Siapa kata jadi artis itu seronok kerana dilimpahi populariti
dan dikenali! Dalam populariti yang dikecapi, ada sejuta pengorbanan yang perlu
dipertaruhkan. Hanya yang berjiwa kental sahaja mampu bertahan menjadi artis. - KitaReporters