William sah positif COVID-19 April 2020! Lalui detik getir!
Published bySIAPA tak kenal pewaris takhta diraja Britain, Putera William? Cucu kepada Ratu Elizabeth II, putera sulung kepada Putera Charles bersama bekas isterinya, Puteri Diana. Memetik laporan The Sun, Putera William dilaporkan positif Covid-19, tujuh bulan lalu sekali memaksa beliau kuarantin di istananya di Ammer Hall, Norfolk. : KitaReporters
BERSAMA isterinya, Duchess of Cambridge, Kate Middleton yang sentiasa berada di sampingnya di dalam suka dan duka. - Kredit foto: Hellomagazine.com
Lagi cerita-cerita berkaitan keluarga diraja:
https://kitareporters.com/search?search=keluarga+diraja
Beliau berdepan mimpi ngeri apabila mengalami kesukaran bernafas selepas dijangkiti COVID-19. Namun terpaksa merahsiakan mengenai kesihatan dirinya bagi mengelakkan timbul kerisauan dalam kalangan rakyat.
Bagaimanapun peristiwa yang berlalu tujuh bulan lalu didedahkan pada Ahad, 1 November 2020.
The Duke of Cambridge dijangkiti wabak yang menjadi ‘tetamu tidak diundang’ itu pada April 2020 kira-kira sebulan selepas bapanya, Putera Charles disahkan positif COVID-19.
Terdahulu, bapanya terpaksa menjalani kuarantin selama seminggu di Scotland selepas mengalami simptom atau gejala berkenaan.
TIGA cahaya mata yang menjadi penyeri kehidupan Putera William dan Isterinya.
Laporan
berkenaan mendedahkan, William sukar bernafas dan selepas pasukan perubatan
membuat pemeriksaan mandapati beliau positif.
Malah sumber
mendedahkan, William bergelut untuk bernafas sekali gus menjadikan orang
sekeliling menjadi panik.
“keadaan itu amat memeranjatkan memandang beliau berada dalam keadaan sihat,” kata seorang sumber yang dipetik The Sun.
SENGAJA merahsiakan keadaan kesihatan bagi mengelak rasa kerisauan dalam kalangan rakyat. - Kredit foto: REUTERS
Biarpun
dalam keadaan kesihatan tidak mengizin bapa kepada tiga cahaya mata itu mahu
meneruskan tanggungjawab kepada rakyat.
Alahai..sakit-sakit masih mahu bekerja untuk rakyat.
Semoga William berkhidmat kepada rakyat tapi dalam masa sama jangan lupa jaga kesihatan. : KitaReporters