Video| Fesyen unik Aina Abdul! Ada yang kritik, kecam! Ada yang suka, puji! Pelik? Futuristik?
Published byANUGERAH Bintang Popular Berita Harian (ABPH) yang berlangsung melabuhkan tirai dengan meriahnya di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada Sabtu, 13 November 2021.
Rata-rata artis hadir dengan busana yang pelbagai gaya. Namun busana yang digayakan oleh penyanyi muda, Aina Abdul menjadi bualan hangat netizen sehingga hari ini.
Lagi kisah menarik berkaitan busana
Sekali pandang seperti bungkusan hitam! Ini kerana Aina Abdul tampil dengan fesyen yang sangat unik!
Mengenakan pakaian serba hitam, Aina Abdul pada kali ini tampil dengan corak bunga yang besar pada bahagian muka, sekali gus menjadi ‘hijab’ membuatkan beliau menjadi perhatian ramai.
Malah, pakaian beliau turut meraih pelbagai komen daripada para netizen terhadap fesyen yang ditampilkan.
Namun ada juga netizen yang berpendapat menyukai fesyen yang digayakan dan menghormati pilihannya. - KitaReporters