ORANG ROHINGYA! OSAH PANDIR!! KATA HATTAN..
Published bySEJAK beberapa hari ini, isu Rohingya menjadi isu begitu hangat di Malaysia terutama dalam media sosial sehingga ada gerakan mahu kerajaan Malaysia menghantar pulang masyarakat Rohingya yang tinggal di Malaysia ini. Lebih membuatkan rakyat Malaysia marah apabila timbul pula cerita bahawa wakil Rohingya di Malaysia mahu mendapatkan hak mereka di Malaysia. : KitaReporters
dato_hattan : Osah pandir! 🐐🐐🐐🐐 - Kredit video: IG Dato Hattan
Bagai api sedang marak ditambah pula petrol, tuntutan tersebut membuatkan netizen bertambah marah terhadap golongan ini.
Tidak cukup dengan itu, segala kisah cerita kisah mereka yang sebelum ini menjadi tular kembali.
Artis otai Malaysia, Dato Hattan dalam satu video yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya yang mengulas isu berkenan tetapi ia lebih terarah mengenai isu kebersihan iaitu membela haiwan di dalam rumah.
Beliau dengan dialek Negeri Sembilan berkata, 'osah pandir' dalam perutusan videonya itu ternyata terkejut dengan sikap segelintir masyarakat Rohingya yang membela kambing di kawasan perumahan mereka.
Katanya lagi, golongan ini sepatutnya perlu menjaga kebersihan bukan sebaliknya.
Sebelum ini, tular bagaimana mereka membela lembu di kawasan tempat ditinggal dan begitu kotor kawasan tersebut.
Ini memberi gambaran bahawa golongan ini tidak mementingkan kebersihan dan jika dibiarkan terus ini berlaku, kita bimbang, masalah kesihatan akan timbul.
Diharapkan isu berkenan mendapat perhatian pihak berwajib agar mereka ini tidak mengikut norma kehidupan di negara asal mereka ini.
Kita tidak mahu golongan ini menjadi penyebab negara kita dipandang serong oleh masyarakat luar terutama pelancong yang datang Malaysia. - KitaReporters