Apa? Biar betul? Janna Nick dah berkahwin senyap-senyap dengan kekasihnya, Dini Schatzmann di Selatan Thailand pada Jun 2019? Itulah gosip hangat yang sedang kencang ditiup angin dalam tempoh kita menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. : KitaReporters

Kredit foto: IG @jannanick


Berita hangat itu mula didedahkan oleh seorang pengguna dalam laman Twitter apabila dia memuat naik keratan yang memaparkan maklumat peribadi Janna dan Dini termasuk nama penuh dan nombor kad pengenalan mereka.

Melalui keratan itu individu yang menggunakan akaun @munafikburner menyatakan pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan di daerah Satul, Selatan Thailand pada 10 Jun 2019

Aik! Dah 10 bulan kut kalau benar mereka berkahwin kan, tetapi tak nampak pun tanda-tanda mereka pasangan suami isteri?

Keratan dari laman Twitter. - Kredit foto: Mstar.


Menafikan gosip liar itu, pemilik nama sebenar Nurul Jannah Mune, 24, memberitahu tiada sebab untuknya berkahwin senyap-senyap sedangkan kekasihnya itu bukan suami orang pun. 

Mereka masing-masing bujang.

Memang sudah terang lagi bersuluh bahawa umum sudah pun mengetahui hubungan istimewa antara pengacara Melodi itu dengan Dini Schatzmann, namun masih tiada lagi pengumuman rasmi dari Janna sendiri berhubung soal kahwin.

Janna menjelaskan, perancangan untuk berkahwin memang ada tetapi tidaklah sampai mahu kahwin lari.

"Sekiranya segala persiapan sudah dibuat dengan rapi, saya pasti akan mengumumkan tarikh perkahwinan kami," ujar Janna.

Memetik laporannya lagi, Janna berkata, dengan keadaan negara masih dalam tempoh PKP, mana mungkin beliau mengadakan majlis perkahwinan sedangkan persiapan pun tertangguh.

"Nak buat majlis rumah terbuka pun tak lepas, inikah pula kenduri kahwin," tambahnya.

jannanick : FIRST TIME TRY LATOK❗️

Teringin nak tau apa rasa latok ni 😂 @dinischatzmann suka Tq @yawchibby.store


Berhubung laporan 'palsu' itu Janna memberitahu akan lebih tegas untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada individu yang menyebarkan maklumat peribadi dirinya.

"Tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa atas penyebaran maklumat peribadi di bawah Akta Hak Perlindungan Peribadi," tegas Janna serius.

Ya, begitu amaran Janna kepada netizen yang degil. 

Maklumat peribadi jika disiarkan tanpa izin sudah tentu satu kesalahan serius waima melanggar hak peribadi seseorang betul tak?

Bagaimana pun, twiter akaun individu @munafiqburner itu apabila dicari sudah tidak berada dalam laman sosial media itu lagi. 

Ia hanya memaparkan skrin kosong dengan tulisan 'does not exist' atau tidak wujud.



Janna Nick  serius menjalinkan perhubungan bersama kekasih berdarah kacukannya itu, Dini Azan Schatzmann, 26, sejak bulan November tahun lalu. 

Dini Schatzmann juga adalah seorang pelakon yang mula dikenali setelah melakonkan watak pembantu dalam drama 'Cik Reen dan Encik Ngok Ngek' dan juga 'Bukan CInta Aku' yang turut dibintangi Janna Nick.

Apa pun buat peringatan netizen yang suka membawang tanpa bukti sah, sebarang perlakuan yang melanggar Akta Hak Perlindungan Peribadi boleh menyebabkan mereka didenda sehingga RM300,000

Mampukah membayarnya? 

Jadi duduk diam-diam di rumah dan lakukan aktiviti yang lebih berfaedah.

"Apa-apa pun selamat berpuasa dan semoga Malaysia bebas Covid-19. 

"Kita doakan agar semua kembali pulih seperti sediakala," akhiri Janna. - KitaReporters

Janna bersama kekasihnya, Dini Schatzmann. - Kredit foto: IG @jannanick


10
8
1
1
1

Copy Link: