SIAPA sangka face mask atau pelitup muka menjadi bahan ‘buruan’ seluruh dunia apabila wabak COVID-19 melanda. Kalau di Malaysia, pelitup muka hanya popular ketika musim jerebu, namun kini ia menjadi pemakaian harian terutamanya ketika berada di kawasan umum yang ramai orang. Namun, ramai yang tidak sedar, tabiat meletakkan pelitup muka di bawah dagu dan leher sebenarnya cara pemakaian yang salah dan berbahaya. : KitaReporters


Justeru, baru-baru ini Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian dalam media sosial miliknya menegur segelintir masyarakat yang suka meletakkan pelitup muka atau penutup muka atau penutup mulut di bahagian tersebut.

“Pakai pelitup muka dengan betul atau tanggalkan sepenuhnya,” tulisnya ringkas.

Perbuatan meletakkan pelitup muka di bawah dagu adalah pemakaiaan yang salah.


Bersama hantaran tersebut, beliau turut berkongsi sekeping poster dengan headline bertulis: “Jangan turunkan pelitup muka pada dagu” sebagai panduan mudah untuk orang ramai memahaminya.

Perkongsian itu tular dan ramai mula memakai pelitup muka dengan betul termasuk selebriti popular Datin Seri Normala Samsudin.

Masih kekal cantik dan awet muda.


Normala berkongsi dalam Instagram pengalamannya memakai pelitup muka. 

Menurutnya, pada mulanya dia juga mempunyai tabiat meletakkan pelitup muka di bawah dagu.

Namun, setelah menyedari ia salah, beliau terus mengamalkan cara pemakaian pelitup muka yang betul.

“Awal-awal muka bersalah. Haah saya pun buat macam ni, kadang-kadang terlupa sebab kalau buka cicir pula. Takpa, mulai sekarang jangan sangkut di bawah dagu,” tulisnya.


Dalam hantaran yang sama, Normala juga berkongsi gambar menunjukkan beliau silap memakai pelitup muka dan memohon maaf atas kesilapan itu.

“Salam guys, pelitup muka letak macam ni salah okay. Saya pun silap. Saya betul-betul minta maaf. Jom, betulkan silap kita!” ujarnya.

Bagus Normala, kalau kita silap, kita cepat-cepat perbetulkan dan ajak orang ramai perbetulkan kesilapan. 

Semoga sikap yang ditunjukkan oleh bekas pengacara Nona ini menjadi contoh kepada orang ramai.

Sementara itu, kerajaan menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan berkaitan dimuktamadkan kerajaan. - KitaReporters

2
0
0
0
0

Copy Link: