KUASA mekap (solek) boleh mengubah wajah seseorang dari muda menjadi tua atau sebaiknya. Selain menggunakan pelbagai jenis alat solekan yang banyak di pasaran, kepakaran individu juga diperlukan bagi mengubah wajah seseorang. : KitaReporters

Kepakaran jurusolek atau jurumekap menjadikan seorang nenek berusia 72 tahun menjadi pengantin berusia 20 tahun.  -Kredit foto: IG ariizam


Lagi cerita-cerita berkaitan kecantikan:

https://kitareporters.com/search?search=kecantikan


Kita sering melihat seorang pengantin itu berubah dari wajah asalnya ketika majlis berinai atau bersanding, sama ada bertambah cantik atau sebaliknya. Jika si pengantin kelihatan bertambah cantik, jurusolek atau mak andam akan diuji, begitulah sebaliknya.

Nenek ini kelihatan lebih muda dari usia


Seorang jurusolek pengantin bernama Ari Izam di Sumatera Selatan, Indonesia cuba menggunakan kemahirannya dengan cuba mengubah wajah seorang wanita tua berusia 60 tahun menjadi wanita muda berusia 20-an. bererti muda  tiga kali ganda.

Dalam Instagramnya @ariizam, Ari melihatkan perubahan wanita berusia 60 tahun itu yang sudah mempunyai 15 cucu itu.

Jurusolek Ari Izan bersama nenek yang sudah ditransfomasi wajahnya


Kepintarannya merubah wajah nenek menjadi gadis menjadi tular di Indonesia dan laman sosialnya menjadi ikutan. Ramai netizen yang memuji kehebatannya melakuan transfomasi wajah. 

Ekoran kejayaan transfomasi itu, Ari kini mendapat undangan menjadi jurumekap perkahwinan di seluruh Indonesia. Ari turut mengadakan tutorial cara melakukan mekap (tatarias) bagi transfomasi wajah. - KitaReporters

2
3
0
0
0

Copy Link: