Video| GV bagi penyanyi malap serlah kembali! Aliff menonjol, juara! Aweera salah rumah, tewas!

Published by
KitaReporters
Setiap peserta akhir GV8 memberi persembahan terbaik mereka. - Kredit foto: Astro Gempak

PENTAS akhir Gegar Vaganza 8 (GV8) menjadi landasan berguna dan terbaik bagi penyanyi-penyanyi yang selama ini sudah  hampir tengelam kembali menyerlah

Pentas akhir adalah ‘tempat ajaib’ di mana peserta yang diramal menjadi juara boleh tergelincir kerana kesilapan kecil yang dilaku. Cuma yang terbaik dan paling kurang melakukan kesilapan akan mendapat kedudukan lebih baik.

Namun mereka perlu bersyukur berjaya berada di pentas akhir kerana kemunculan mereka bukan sekadar mendapat hadiah, sebaliknya menjadi ruang kepada mereka kembali menyerlah dan mencari makan dalam bidang seni.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aliff Aziz



Sebelum ini ramai yang meramal Nikki Palikat, 36, bakal menjadi juara berdasarkan prestasi dalam minggu-minggu sebelumnya. Namun akhirnya Aliff Aziz, 30, memperlihat kesungguhan untuk menjadi juara dengan memperbaiki penguasaan vokalnya terutama bahagian nada rendah seperti dinasihat oleh juri sebelum ini.

Justeru, penyanyi dari Singapura yang telah bermastautin di Malaysia ini memberi persembahan terbaik bagi persembahan solo lagu ketuhanan ‘Sampai Syurga’ (yang dipopular Faizal Tahir) dan duetnya Hafiz Suip dalam lagu ‘Dealova’. 

Aliff menggalahkan Nikki dengan jurang markah yang rapat, kurang daripada 2 markah, iaitu 83.06 berbanding 81.26. Aliff sebelum ini diramal hanya mampu mendapat tempat kedua.




Sementara ramai yang kecewa apabila penyanyi rock Aweera hanya menduduki tempat terakhir sedangkan pada peringkat separuh akhir dia menjadi ‘raja’.

Aweera kehilangan banyak markah kerana disifatkan oleh ketua juri, Datuk Ramli MS, penyanyi berimej rock ‘salah rumah’.

Menurut Ramli, Aweera tidak bernasib baik kerana terpaksa menyanyikan lagu bernada  penyanyi wanita. ‘Sepi’ yang didendang oleh Aina Abdul dan gagal memperseimbangkan nyanyian dengan pasangan duet Liza Hanim.

Aweera juga tidak menyampaikan lagu ‘Beggin’ dengan baik dan menurut juri Datuk Syafinaz Selamat, sebutan liriknya turut  kurang jelas.

Aliff Aziz juara Gegar Vaganza 8 dengan membawa pulang wang tunai RM100 ribu

Aweera menduduki tempat terakhir final GV8


GV8 juga menjadi platform peserta yang tidak berjaya ke peringkat akhir untuk kembali menyerlah dan mencari rezeki dalam bidang seni. Kesemua peserta GV8 diberi peluang mengadakan persembahan beramai dalam acara selingan.

Barisan juri iaitu Ramli (ketua), Hetty Koes Endang, Syafinaz dan Joe Flizzow (jemputan) menyifatkan keputusan sesuai berdasarkan persembahan.

Sementara itu Naib Presiden, Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqiem Ahmad menyifat pertandingan akhir GV8 adalah pertandingan paling sengit berbanding dengan GV sebelum ini. Ia sukar diramal keputusannya. - KitaReporters


Berikut ialah kedudukan markah perserta dan hadiah yang dimenangi:

JUARA (RM 100,00O)  ALIFF AZIZ          (83.06)

KEDUA (RM50,000)    NIKKI PALIKAT   (81.26)

KETIGA (RM30,000)    SUKI LOW           (77.96)

KEEMPAT (20,000)     ADIBAH NOOR    (67.35)

KELIMA (15,000)         AZAN SCAN         (64.04)

KEENAM (10,000)       AWEERA               (63.9O)


6
16
0
12
0

Copy Link: