Video| Tahniah Syura! 9 tahun menjanda, kini kembali jadi isteri! Resepsi pun selesai diadakan!
Published byKredit foto: IG video Sheila Razlan
SETELAH 9 tahun hidup menjanda, penyanyi Syura Badron, 36, ibu kepada tiga cahaya mata ini menamatkan statusnya apabila dinikahkan di Masjid As-Salam, Puchong Perdana, Selangor pada jam 12.30 tengah hari, Sabtu, 22 Januari 2021.
Perkahwinan itu disahkan oleh rakan baik Syura, Nur Sheila Hassim iaitu isteri Lan Solo kepada media dalam akaun Instagram @SheilaRazlan.
Menurut laporan media, suami Syura bernama Muhd Farizat Ismail, 28, seorang peniaga makanan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan
Namun tambah Sheila, Syura dan suaminya sudah lama berkenalan.
Sebelum ini, Syura menikahi Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006. Bagaimanapun, mereka berpisah pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nurul Dania Irdani, 15; Nurul Qaisara Sofia, 13; dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Setelah menyepi beberapa tahun dalam bidang seni, nama Syura kembali menyerlah setelah menjuarai pertandingan memasak, ‘Master Chef Selebriti Malaysia’ pada 2012.
Kemudian dia menjadi salah seorang peserta mewakili Malaysia untuk pertandingan dangdut ‘D’ Academy Asia’ tahun 2016 di Jakarta, Indonesia.
Seterusnya Syura menyertai pertandingan Gegar Vaganza (GV) musim 4 (GV4) di Astro Ria tahun 2017 dengan berjaya hingga peringkat separuh akhir. - KitaReporters